saya juga kecewa dengan 8TV

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, December 20, 2010 | | 10 kiriman komen »


Salam. Hi readers!

Tadi baca Pancaindera (semalam beli tapi baru hari ni nak baca), then amatlah bersetuju dengan komen dari someone ni pasal drama korea di 8TV.

Nak amek main point jelah sebab aku pon nak komen gak. Haha. Dah lama dah terbuku kat hati ni, so nak muntahkan hari ni jugak.

"Saya penonton setia 8TV kerana saluran ini telah banyak menyajikan rancangan-rancangan yang menarik. Saya merupakan peminat setia drama-drama korea. Tapi saya cukup kecewa setiap kali menonton drama-drama Korea kerana 8TV sesuka hati menukar bahasa Korea kepada bahasa Cina. Saya harap pihak 8TV akan lebih prihatin akan hal-hal seperti ini. Tolong jangan menghampakan peminat-peminat 8TV." - Hazirah, Shah Alam.

Sebenarnya komen beliau agak panjang, dalam 5 perenggan macam tu, but macam aku cakap, aku amek main point je. Well done Cik Hazirah! Eh, Shah Alam kat mana ek? (Sempat..yalah mana tahu ada stok citer boleh share2)

Frankly, aku dah lamaaaaaa sangat sangat nak mengadu pasal masalah ni. Ya aku anggap ni satu masalah. Kenapalah rajin bebeno nak alih suara ke bahasa Mandarin. Setiap hari aku dok fikir, sapelah punya angkara, idea mengarut sapelah semua ni dan suara buruk sape yang they all guna, serius! Haha. Sorry bab suara buruk tu, tengah geram ni.

The reasonsss why I hate it so much are, ianya telah completely kacau mood serta proses untuk feeling-feeling. Aku tengok drama korea ni nak feeling-feeling. Seriously kalau tengok yang asal, tak sama langsung dengan yang alih bahasa, in term of feeling, emotion etc. Contoh, patutnya dalam versi asal certain part tu sedih, tp kalau tengok yang versi alih suara, langsung tak rasa sedih, rasa macam.."okeyy, fineee.." maka habis cerita terus menjalani kehidupan yang normal tanpa ter-affected dengan cerita tu. Tak percaya tengoklah yang asal. Bahasa Korea ni dia ada lenggok yang tersendiri, dan juga lembut, sedap didengar. Tapi apa yang berlaku bila alih suara? Suara semua tinggi-tinggi, macam menengking, sakit hati dengar. Dan macam membebel-bebel, ntah aku pun tak faham. Senang citer tak best lah. (kalau dah tak suka tu macam-macam alasan)

Selain tu, kita juga sebenarnya nak belajar sikit-sikit bahasa Korea. Aku guna kita sebab aku tahu, bukan aku sorang je ada komitmen macam ni. Cewahh, komitmen.. Sometime dapat hafal 1 word 1 hari pon dah cukup menggembirakan tahu. Just by understand simple words like kamsahamnida, annyong haseyo, saranghaeyo, mianhamnida, gwiyeowoyo etc could already make us happy. Ke aku je? Haha. Ntah, tapi kalau tengok dengan orang yang baru nak belajar meminati drama Korea, memang bestlah tunjuk power, bajet tahu semua haha.

Lagi, aku kesian dengan umat manusia lain. Kadang-kadang mereka confuse sebenarnya mereka sedang tonton drama apa. Contoh lah, family aku. Macam ibu and adik-adik aku. So terpaksalah aku explain yang ni sebenarnya cerita Korea yang di alih bahasa dengan membuktikan gerakan mulut dalam drama tu tak sama dengan apa yang disebut. Tu yg paling mudah. Kalau dorang agak cekap sket, aku suruh dorg detect perbezaan bahasa dalam opening song dengan suara yang dah di alih bahasa tu (Mandarin) sebaik sahaja cerita start (opening song ended), tapi ni susah banyaklah.

Jadinya, tak perlulah kot aku gigih hantar email ke 8TV. Dari dulu kononnya nak email, taaaaaaakk jugak email. Harap-harap komen dalam Pancaindera tu dibaca oleh sesiapa then disebar-sebarkan ke pihak yang bertanggungjawab. In case takde perubahan jugak, email lah jawabnya. Bagi aku penting untuk atasi masalah ni. Kalau mereka soalkan, "habis, nak guna bahasa asal, subtittle nak guna bahasa apa?" Kalau aku, aku prefer English sebab yang buat sarikata ni pon kadang-kadang pemalas jugak. Senang-senang je dia simplify ikut kamus dia, tu pun masalah jugak, mesej tu kadang-kadang tak sampai. Tapi since drama Korea ni sesuai utk semua lapisan masyarakat, guna jelah Bahasa Melayu. Kalau nak hormat bangsa lain, letak sari kata Mandarin sekali. Takde masalah pon. NTV7 boleh je buat untuk drama Taiwan (Hokkien) kenapa 8TV tak boleh?

That's all. Harap-harap ada perubahan. Harap sangat.




10 kiriman komen

  1. queenIzyan // Monday, December 20, 2010 12:57:00 PM  

    Hazirah tu mcm my friend je... hehehe
    well, kalau nak ckp, subbbed is better than dubbed...
    x syiok r layan bila tgk mulut org tu sebut lain suara keluar kot lain... hoho....

  2. Noor Fatin // Monday, December 20, 2010 3:31:00 PM  

    jarang sgt2 tgk 8tv, lgpn satu family xminat cite korea. huahua..

  3. eyqaaman // Monday, December 20, 2010 6:09:00 PM  

    sangat SETUJU!! nak dengar suara real artis korea pon terbantut. dahla buruk je rupa bila cakap mandarain. cam kasar jeaa. skang ni 8TV tgh tayangkan drama He's Beautiful. mmglaa mls nk tgk. nasib dh tgk kt laptop. bile ade suara real, bru feeling gitu kan?

  4. Lepat // Thursday, January 13, 2011 2:27:00 PM  

    dah lama minta depa tukaq supaya kekalkan korean language tu dalam drama korea kat 8tv tapi macam tu gak.

  5. Balqis Riza // Thursday, January 13, 2011 11:08:00 PM  

    no komen..
    tp aku kecewa dgn tv3..
    payah betol nk g web die tgk cite..
    buffer lama gile wpon tenet aku laju..
    page die berat

  6. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:05:00 PM  

    queenlzyan, agree. eh xkenal pon siapa cik hazirah tu. serius.

  7. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:06:00 PM  

    faten, haha. yeke..tp kalau nak kene bersepanduk utk settlekan masalah ni join sekali k haha. *suka hati*

  8. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:06:00 PM  

    eyqa. haha. yup3! kita nak feeling2 kan..?

  9. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:07:00 PM  

    lepat, oh yeke? laaaa...hmmm.

  10. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:08:00 PM  

    balqis, kau kene wat 1 entri utk tv3 lah haha. tp betul jgk. tu aku malas nak tgk dkt2 website ni..buang masa. buat lappy hang je.