COVER YOUR AURAT CAMPAIGN

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, December 16, 2010 | | 3 kiriman komen »

Peace be upon you readers.

Perasan tak citer-citer kat panggung bulan ni semua best2? Seriously aku kempunan nak tengok baaaaanyak citer, macam The Chronicles of Narnia 3, The Social Network, Tron, Hantu Kak Limah Balik Rumah, 2 Alam,..eh 2 Alam? Haha I'm not joking okey. Memang hati ni terjentik nak tengok 2 Alam ni, tapi apakan daya akhirnya tak kesampaian. Tapi perasan tak ada satu citer tamil yang di tayangkan semula, elok je duduk sebaris dengan filem-filem baru tu tadi? Tajuk dia tulah, 'Baaghi Aurat'. Maksud dia lebih kurang, "kau dedah aurat kau masuk neraka". Gempak seyh citer ni, tengok jelah poster tu, berapi-api gituh haha.

Kidding. Suka hati aku je merosakkan bahasa. Afiq yang ajar! Hehe.

So tujuan entri kali ni adalah untuk menyokong usaha Afiq dan lain-lain untuk COVER YOUR AURAT CAMPAIGN. Lihatlah banner kat bawah ni, mana ntah si Afiq ni dapat. Tadi gatal tangan pergi zoom poster ni, tengok ada tak aurat terdedah, jahat kan aku? Tu namanya dah takde keje haha.

Honestly mula-mula aku teragak-agak untuk join. Sebab aku pun bukannya betul sangat. Tambahan pulak, kalau ada ahli keluarga ke, sepupu-sedara ke, kawan-kawan ke yang tak menutup aurat, aku tak pernah tegur pun. Entah, bagi aku perkara ni perkara asas yang semua umat yang bergelar Muslim tahu. Tutup aurat tu wajib. Yang lelaki auratnya begini begini, yang perempuan auratnya begitu begitu. The knowledge is already there, in their heads. Tinggal lagi mereka nak praktiskan atau tak je.

Aku ada singgah 5,6 blog yang join kempen ni. Ada yang hurai secara mendalam, dengan hadis-hadis, dengan panduan bertudung yang betul, cerita teladan dan sebagainya. Ada yang sentuh atas permukaan je.

Bila bercerita bab aurat, automatik kepala ni fikirkan tentang wanita dan fesyen. Yelah, yang bermasalah besar dengan aurat ni perempuan, so no heart feelings okay. Aku nak sentuh sikit jelah. Lita sedia maklum ada sesetengah wanita yang dia bertudung, berselendang, tapi terkeluar pulak jambul sejemput kat depan tu. Ataupun bertutup semuanya tapi, selendang tu pulak jarang. Kita yang macam bagus ni pulak cot cet cot cet macam cencorot dok mengutuk, mengumpat golongan-golongan ni. "Baik takyah bertudung kalau macam tu!" "Sampai seru konon, pigidahhh.."Hentikan jelah. Tu bukan dakwah, kau buat menambah dosa lagi ada. Silap-silap neraka kau level paling dalam sekali. Cubalah tegur baik-baik, berhemah, berhikmah. Kenapa kita tak pandang tu dari satu sudut yang positif? Sekurang-kurangnya dia dah maju setapak. Sebelum ni dia tak bertudung langsung. Syukurlah dia dapat hidayah nak bertudung. Bagi dia masa.

Tapi tak bermakna aku menyokong 100% pemakaian tudung macam tu. Sebab masalah lain timbul bila mana ia tiba-tiba menjadi trend. Kalau trend untuk wanita yang tak bertudung,akhirnya bertudung takpe jugak. Alhamdulillah. Takut-takut yang dah bertudung litup, bertudung labuh tiba-tiba nak ikut trend, hah, amek kau, keluar jugak jambul sejemput, lagi besar pulak tu. Lagi besar lagi merrier, tak gitu?

Itu jelah kot. Jadi kepada sesiapa nak join COVER YOUR AURAT CAMPAIGN ni bolehlah klik link thepotpetking ni untuk panduan ringkas. Kalau nak baca ucapan-ucapan dalam kempen bloggers lain pun, klik link tu tadi.

Seterusnya nak tag 3 Azman, Fatin, dan Zinnera. Nak dengar point of view dorang hehehe.



3 kiriman komen

  1. asyfiqaz // Thursday, December 16, 2010 3:46:00 PM  

    haa..pandai pun abg haris join skali..heheheh..

    *memang kene kan poster filem tamil tu? haha

  2. Hairi Hamid // Thursday, December 16, 2010 6:39:00 PM  

    nm aku x sebut pun....hahaha

  3. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, January 30, 2011 2:10:00 PM  

    afiq, kene sangat! pandailah kau ek memandai translate haha.

    hairi, kau niiiii. mengharapkan nama :P