Semalam, tiba-tiba aku dengar lagu korea kat Era.fm. So macam terkejut hamster dan excited pada kadar sederhana.
Wah,seriously best!
Semalam, tiba-tiba aku dengar lagu korea kat Era.fm. So macam terkejut hamster dan excited pada kadar sederhana.
Wah,seriously best!
Kelam kabut punya pasal, arahan Panduan Pengguna pun baca gitu je. Skiming.
Tambahan pula benci guna Internet Explorer yang maha lembap, so dah kene tulah.
Guna IE versi 6 dan ke atas ya anak-anak. Baru dapat klik Daftar.
Mood akhir-akhir ni tak stabil. Sejak 22hb. Semua gara-gara persediaan untuk 2hb depan. Yes, dream comes true, I was offered to continue my study at Puncak Alam.
But, kali ni aku terpanggil untuk share another rumor. Kali ni dari mulut-mulut kawan, bukan pak cik AR (assistant registry) bercermin mata yang aku bayangkan sebelum ni.
Kononnya majlis konvo kali ni dekat Kuching! WTH! Serius, aku tak suka.
Tak suka.
Tak suka.
Tak suka.
Kesian Haziq, dia nak datang tengok aku konvo :( and of course my family too.
Kesian dekat aku jugak, keluar duit LAGI pergi sana. Aigoo. -__-"
1) Adakah anda rasa anda hot ?
Saya langsung tidak hot. Kalau boleh nak sarung muka dengan plastik beg dekat setiap kali keluar dari rumah. Bagaimanapun, Malaysia is very very HOT!
2) Update wallpaper laptop yang anda guna skrg ?
3) Cerita pasal gambar ini.
Ia adalah gambar saya dan famili nukleus. Ia diambil di dalam bilik hotel semasa family datang ke Sarawak untuk makan angin dan melawat saya yang sedang berpraktikal. Ia juga boleh dianggap sebagai siri jelajah Malaysia kerana baru-baru ini telah mencatat rekod menjejakkan kaki ke seluruh negeri-negeri dalam Malaysia. (okey,tahu yang tu tak perlu :P)
4) Kali terakhir makan pizza.
Err kalau pizza hut, i mean pizza gedabak besar serta makanan-makanan sampingan yang selalu makan bersama pizza adalah masa keluar dengan Marcos dan Lia. Ingat lagi dah pukul 8 malam sanggup dari Serian turun ke Kuching pergi makan pizza. Sweet memory with both couple :) Kalau pizza murahan, yang jual saiz kecik, paket dalam plastik, selalu jual dekat kantin sekolah, baru je makan beberapa minggu lepas.
5) Lagu terakhir yang anda dengar.
Ending buletin utama. Haha. Shinee-Ring Ding Dong and SuJu-Bonamana.
6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Ulang-alik ke TV tengok Mentor.
7) Selain nama sendiri , anda dipanggil dengan nama apa ?
Hmm..along (kalau kat rumah & antara saudara mara), boy (aku taknak tulis tapi nama ni yang terlintas haha), RS (singkatan), Taqwa (sorang dua pggl nama ni), harisu-sama, harisu, pakcik and ntah..
8) Tag orang , siapa yang nak kena tag?
Saya nak tagged orang-orang baru pulak:
1. Hairi
2. Azman
3. Hanyss Jong
4. Miss Choc
5. Siti Nur Huda Husna
9) Siapa orang number 1 pada anda ?
Ajnabi~ Haha. No lah,best friend. Wpun tak berapa rapat (yeke? aku pun tak ingat) dan jarang contact, tapi aku appreciate sangat kau sudi kawan dengan aku masa dekat sekolah dulu,wahh!
10) Katakan sesuatu pada orang number 5.
Err,saya suka bahasa blog anda. Rasanya anda tak kenal saya tapi saya follow blog anda.
11) Number 3 ada hubungan dengan siapa ?
Dengan mas. Hubungan persahabatan lah..
12) Bagaimana pula dengan number 2 ?
13) Kata - kata cinta pada orang number 4.
Err...I lap U. (kidding!) Thanx for the award! (Sempat~) Hehe.
14) Berikan 5 fakta tentang orang yang anda tag.
1. Hairi: Tinggi,diam-diam ubi berisi (dalam maksud ni :P) & pandai buat kerawang!
2. Azman: Melaka sangat, berjaya menemukan aku dengan somebody and so ver-react about visiting Korea,with me! Haha. Ye-yo-oo je~
3: Hanyss: Hmm beliau kawan Mas, nama samaran Puteri Lindungan Bulan dan baru-baru ini jadi follower blog ni,tQ ya!
4: Miss Choc: Kenal dari Group 89 Friendster, from Serian dan kawan Bob (tu je yang terfikir skrg)
5: Siti Nur Huda Husna: Jumpa blog ni masa blog-walking dan bahasa yg digunakan kelakar.
and last but not least thanX Rayme sebab sudi tag blog ni :) Not to mention, 'paksa' aku suruh buat haha! Hope that U satisfied.
Peace upon you.
Alhamdulillah, I got major points untuk final semester. Ending yang cemerlang sebagai penutup diploma. Well, honestly aku tak expect langsung dapat such result. Betul! Even dalam azam tahun 2010, specifically untuk bahagian education dengan bracket semester 6, aku tulis 'mesti dapatkan 1A dan 1A-' sebab aku tak rasa aku boleh dapat dua-dua subjek A.
Aku ingat lagi macam mana aku performed dan macam mana aku nilai sendiri performance aku untuk paper semester lepas. Dengan final project aku yang last minute (but aku tak buat main-main sungguhpun ianya last minute. nota kecil: ianya jadi last minute oleh sebab-sebab yang tidak munasabah yet tak dapat dielakkan *tongue*) dan exam bertulis yang aku ambil mudah, aku cuma berharap, GPA tak jatuh jauh. Aku letak range untuk jatuh tu 0.10-0.22. Masa tu aku rasa mungkin, aku cuma dapat 1A- dan 1B+.
Dah,dah,enough dengan amukan perasaan lalu! (tiba-tiba) Haha.
Anyway,I'm soooooooooo happy. Apa yang paling menggembirakan sebab buat pertama kalinya juga, aku dapat A+! Wah, 90 marks and above tuuu. Yang satu ni memang dah lama dah aku angankan. Tapi tak pernah expect dapat gred ni untuk kod ENV (kod ENV adalah kod subjek kos aku) sebaliknya selama ni cuma harap subjek seperti CTU (subjek agama/pendidikan islam) ataupun KO masa sem 1-3 je untuk dapat A+ (Kantoi..rupanya selama ni aku jelous dengan coursemate and kawan-kawan yang dapat A+ CTU)*tongue*
Makanya, aku nak rakamkan jutaan terima kasih kepada lectures, coursemate, ex-roommate, housemate, seniors, rakan-rakan cyber terutama dari Facebook, YM and blogger dan family yang bersikap supportive bila aku merintih itu-ini sepanjang menyiapkan final project aku. Sesungguhnya amatlah susah untuk menyiapkan sebuah kertas kerja, pada pendapat aku lah. Frankly, jika aku disuruh nilai sendiri dan beri gred sendiri, aku cuma bagi..err..ntahlah! Huhuhu.
Ni semua rezeki ya kawan-kawan and probably, ini kali pertama dan terakhir mendapat peluang sebegini.
Oh, tahniah kepada Nur Hasziana Hassim sebab dapat ANC. Tak sangka rupa-rupanya ada pindaan, specially untuk kos kami ^^ Nana, jeleslah aku dengan kau! But I'm happy for you. Nanti amek gambar sama-sama masa konvo hokeyh! (macamlah nana baca, sot betul aku ni) Warghh nak pakai selempangggg.. Kui3.
Dan tahniah kepada Nimo-chan sebab dapat DL jugak. Dan dapat up-kan CGPA. Daaaaaan bakal menerima 2 hadiah. (Okey, aku kalah deal dengan dia. Cis3!!)
Dan tahniah kepada semua 19 coursemate yang berjaya menamatkan diploma dan yang mendapat DL juga.
Bye for now~
Nota berbaur pilu: Learn from mistake (actually for many times) yang semester pertama adalah sangat penting untuk score. Oh, aku tak dapat pakai selempang,sadisnyaa..
Nota nakal: Takde sape teka pointer aku dengan tepat (ini permainan wajib antara siblings) Selamat duit :P
::me vs me:: © 2008. All Rights Reserved. | Theme by Weight Loss | Blogger template by 自由の呼吸