Sila abaikan entri sebelum ni. Nak buang sayang pulak sebab ia adalah kenangan manis hahaha! *tounge* Anyway thanx a lot to my ex-roommate Danial dan Padin (I just read your comment,thnx :) ) yang memberitahu result penyerapan ke program ijazah belum keluar lagi,RUPANYA! Kalaulah aku bertanya sebelum post....... Haha! Anggap jelah that previous entry dari seorang student yang semangat nak sambung degree. Well, kalau pandang dari sudut yang positif, perkara ni adalah insiden yang memalukan paling latest yang boleh dikongsi kalau ada yang tanya "Hey,apa peristiwa/insiden yang paling memalukan dalam hidup anda baru-baru ni?" Masa tu aku akan jawab "Saya dengan penuh keterujaan dan excited-nya telah menge-post entri tentang status permohonan masuk ke degree yang sebenarnya belum pun keluar. Tak cukup dengan itu, saya juga publish ke Facebook yang mana semua orang boleh baca dan gelakkan simple and silly mistake yang saya telah buat." Sejurus selepas itu aku pun tutup maka (darah dah mula naik,malu), geleng kiri kanan, bertempik, buka balik, dan gelak.
Nasib baik aku masih rasional. Sorry ya atas kekecohan yang berlaku. Entah kenapa aku macam tu (merujuk kepada entri semalam yang terburu-buru). Probably because aku ada banyak benda nak kena hadap. Benda-benda yang aku dah plan untuk future aku sendiri, specifically for 2010-2014. Siapa pun akan melatah bila ada perkara-perkara yang halang plan jangka masa panjang mereka. Aku guna 'melatah' sebab maksud latah itu adalah mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu secara tidak sengaja kerana terperanjat (Sumber: Kamus Dewan Edisi Ketiga), jadi lebih kurang macam tulah kes aku. Terperanjat, tapi ia temporary saja, lepas tu cool balik.
Cover malu sebenarnya ni :P
hahahha haris takpeeeee. comel ape buat salah kan. haha
wah jika kau tak datang. my favourite track skrg nie :D
:D
enjoy!