Hi readers. Tiba-tiba je lately asyik update kan? Okeylah kali ni just a short entri. Sempena penutup Januari.
Tadi aku pergi JPN. Jabatan Pendaftaran Negara, dekat sebelah Concorde Hotel Shah Alam. Tak tahulah exactly tu seksyen berapa. Memang tak hafal jalan. Cakaplah apa korang nak cakap, aku memang rakyat Shah Alam yang tak boleh diharap. Bayangkan, nak naik Rapid pun aku boleh tanya budak-budak lain mcm budak Johor, budak Sarawak etc berapa nombor bas nak pergi KL. Tu belum lagi cerita aku jadi pemandu arah sesat. Huru hara. Dahlah malam, kejar masa. Haih, seriously buat masa sekarang tolonglah jangan tanya aku jalan-jalan kat S.A ni. Malu. Tunggu sampai aku dah ada kereta sendiri dan ada hobi 'merayau-rayau di Shah Alam' untuk 2, 3 tahun akan datang ya!
Okey, pergi sana sebab nak renew IC. Maklumlah umur dah 20 tapi gambar nak maintain muda 8 tahun dan innocent, apa kes? So nak renew IC kene amek gambar. Sebelum ni gambar agak buruk walaupun nampak innocent dengan spec nya, baju kemeja nya, ketembaman nya..so berazam nak gambar kali ni elok sikit! Tapi apakan daya, sesampai je kat sana, tanpa touch-up apa-apa, even hidung pon tak sempat nak lap (mana tahu berminyak) daaaah disuruh duduk ambik gambar. Aku pulak berat mulut nak mintak 1 minute tengok cermin betulkan apa yang patut, pakai blazer ke, hahh lepas duduk dia mintak tunduk sket, senget ke kiri sket, senget ke kanan sket, 'ZOOOM' *bunyi kamera* dah selesai.
Konfem buruk! Waaaaa.
Lepas tu keluar senyum sorang-sorang sebab aku berimaginasi aku cakap mcmni,
"Bang, abang tolong adobe photoshop-kan gambar saya tadi tu tak? Pleaaasseeee."
Ni satu fakta lah, aku memang tak berkenan tengok gambar-gambar macam gambar passport, gambar kad pelajar, gambar IC, sebab tak pernah yang elok. Muka ketat. Nampak terpaksa. Nampak takde mood. Takde nur pulak tu. Haih. Ni antara contoh lah..
Muka ketat! Ni pic masa program MMS UiTM, masa tu baru masuk, sem 1 dip, nak amek gambar kene beratur panjang, panas pulak tu, so tu menjawab kenapa muka mencuka mcm tu huhu. Kenapa aku bagi cina JPJ tu pic ni? Sebab aku malas nak amek gambar baru, guna je apa yg ada :P
Nilah gambar yang didakwa penulis sebagai innocent. Innocent ke? Haha.
Malunya share pic2 niii! >.<"
Hmm! Tak boleh ke dorang ni edit sket2? Sikit jeeee. Tak boleh ek?
Lantaklah. Kalau dah buruk tu, buruklah, nak edit2 pulak kau ni! Haha. Macam aku pernah update kat Twitter dulu, "bila kita rasa kita buruk, YA kita memang buruk, so what? FACE IT!" Tu motivatisi utk diri sendiri sebenarnya.
Ok bye!
kalau bley buat 'peace' kompem cntik sikit gambar an?
hahah...sebenar tiru akukn...wt ic baru....muke mmg xleh bla...knk2 xckup umo btol la ko ni...huhu
hahaha aku nak muncungkan bibir sikit. hahaha ! XD
haris ke? lain nyeee. ahaha.
pergghhh hensem sey gambar IC... =)
afiq, bukan saje cantik tapi nampak mesra dan more live!
ina,xde masa aku nak tiru kau haha. knk2 yg innocent lah~
fatin, wahhh..mesti meletop ic kau mcmtu. hahah.
syaira, haa tulah..buruk kan? hahaha!
mas, haha..hensem lah sgt..