Saya mengaku saya teruk. Fullstop.

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, January 30, 2011 | | 2 kiriman komen »

Peace upon u readers.

Hmm korang biasa dengar tak benda ni?

"Selalunya yang pandai-pandailah ni lah yang teruk."

Aku dah banyak kali jugak kot dengar. Tapi moment yang memang melekat dalam kepala adalah waktu aku dgn Bob tengah-tengah berborak-borak mengumpat pasal beberapa orang yang kitaorang kenal, then suddenly he said something like that. Masa tu tgh lunch dekat rumah dia, family dia ajak. Aku tak tahulah tu kira mengumpat ke apa, sebab kalau aku mengumpat mcm boleh terima tapi Bob mengumpat? Err apa-apa jelah haha. Hmm moment ni paling melekat dalam kepala sebab lepas tu dia bagi beberapa contoh orang yang aku kenal, yang memang pandai, then apa benda 'mengejutkan' yang diaorang pernah buat. Nasib baik dia tak sebut nama aku, memang aku lari teruslah dari situ. Ceh perasan pulak pandai kan.. *tounge*

Dan kadang-kadang bila kita berkenduri-kendara, atau berkumpul sedara-mara, atau berada di mana-mana sahaja majlis yang mengumpulkan manusia tak kiralah pasar ke, masjid ke, depan kedai makcik jual nasik lemak ke, dalam bas ke, biasalah aktiviti mengumpat sering berlangsung dengan meriahnya. Dan kebiasaanya entah macam mana aku boleh ada berdekatan, so aku akan terdengar sok sek sok sek umpatan cerita panas then, akan ada sorang sebut kalimah berdarah kat atas tu sambil yang lain-lain mengangguk tanda setuju, then aku pon terasa panas di muka.

Aku terasa sebab aku pandai. Dan juga teruk! >.<>Then, menyokong penuh yang 'hidup ini umpama roda, ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah', lihatlah dunia aku bukan lagi seorang yang bijak. Semakin rosak di mamah usia adalah. Haih.

Zaman tadika dulu, gara-gara aku anak orang biasa (commoner gitu) tapi tumpang ber-tadika bersama-sama anak-anak polis, disebabkan nak menghormati anak ketua polis masa tu, aku yang patutnya dapat no 1 selalu di-nombor dua kan oleh cikgu2, dalam mana2 acara baik akademik ataupun sukan. True story!

Kemudian zaman sekolah rendah. Asyik2 nombor 1, 2, 3.. masuk itu masuk ini sampai popular dekat sekolah. Then lompat kelas lagi. PTS. Zaman kejatuhan aku bermula lepas aku lompat kelas. Guru besar aku ketika itu ada dua teori so akulah bahan eksperimennya. Pertama, aku mungkin tak boleh bawak subjek darjah 5, yelah tahu-tahu lompat langkau darjah 4, untuk subjek macam Math, Science, Sejarah, Kajian Tempatan kan macam susah nak adapt. Dan yang kedua, aku mungkin boleh 'menarik' kanak-kanak yang tidak pandai untuk jadi pandai, macam aku (bangga sekejap). So dia masukkan aku dekat kelas belakang. Apa yang jadi, instead of aku ubah dorang, aku yang berubah, menjadi pemalas terutamanya dan lain-lain. But then darjah 6 aku naik balik, dapat kelas kedua. Masa result UPSR keluar berlari-lari cikgu datang cakap aku dapat 5A, sekali TAK. Tuhan je tahu perasaan aku masa tu,haih.. Ni kalau nak cerita lanjut sila request k! I sudi spent masa type ceritanya. (Kenapa aku rasa macam aku pernah cerita je dalam blog ni ek?)

Kemudian zaman sekolah menengah, hmm ada turun naik. Panjang ceritanya.

Then diploma. Walaupun nampak macam menaik sahaja tapi dari segi usaha, kerajinan, kesungguhan, kesan 3 tahun berdiploma dalam kehidupan dari segi akademik aku rasa kurang. Masalah pelupa makin menjadi-jadi mungkin punca utama.

Dan now degree. Nampak aku dekat bawah sekarang. Sem lepas nasib je lepas. Syukur sgt2. But seriously, aku tengah dekat bawah skrg. I mean pusingan roda tulah. Aku tengah kene lenyek dengan sebuah roda besar. Betul-betul kat bawah haha.

Ehhhhhhhhhh? Apa aku melalut ni? Haha. Dah2 jom masuk main point. Okey now korang dah nampak kenapa aku cakap aku bijak. Takdelah bijak mana pun, tapi kira bijaklah tu kot. Ntah pape je ayat, rasa nak lempang je sebab perasan bijak.

Okey okey. Teruk tu bukan dari segi pelajaran ya. Teruk dari segi akhlak or watsoever. Well I have to admit, aku ni teruk, that's why aku terasa kalau ada orang ckp mcm tu. W'pun kadang-kadang makcik-makcik tu bukan nak sindir aku pon. W'pun kadang-kadang sedara-mara aku bukan tuju kat aku pon. Terasa sangat-sangat. Dengan latar belakang pendidikan aku lagi. Hmm.

So, kalau lepas ni ada orang cakap mcmni dekat aku, aku tak kesah. Alu dah mengaku dah pon. Dekat blog lah. Siapa yang baca tahulah. Siapa yang tak tahu aku mungkin akan tunjuk entri ni dekat dia, masa tu kira macam bukti lah, "hey I did admit that I'm a bad person, nah baca ni!"

Sebenarnya aku nak cerita yang aku bersetuju dengan statement kat atas tu. Lepas apa yang berlaku pagi tadi. Kejutan besar. Tak sangka. Migrain aku. Terkejut sangat. Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Tapi semalam aku dah tolong apa yang patut dan harap dia tak terkantoi lagi. Sebab dia pandai dan kecik lagi. Hmm remaja nak membesar kot. Tapi kekecewaan tu.. huuuuu susah nak explain.

Tapi tak semua yang bijak pandai ni teruk. Statement begini keluar cuma disebabkan, budak ni pandai tapi rupanya di sebalik kepandaian dia tu,dia ada sesuatu yang negatif dan sangat mengejutkan maka terus dilabel teruk oleh masyarakat. Yang mana sepatutnya bertentangan lah kan? Budak pandai patutnya taklah mencuri, jual badan, minum arak, kahwin lari, tengok porn, ambil dadah, sosial dan sebagainya, kan? Kadang-kadang aku rasa aku tahu puncanya. Sebab kan aku salah sorg yang tergolong dalam golongan ni~ Tapi laterlah. Tujuan entri ni nak admit yang aku ni teruk, aku setuju dengan statement ni dan sesiapa yang ada perasaan yang sama bolehlah share.

Sorry entri panjang. Ahad kan bosan why not spent 5 minit baca sampai habis hehe. Jgn lupa klik nuffnang sayeeeee! Tu tepi belah kanan atas tu :D Bye!

Nota: Aku bukan contoh teladan yang baik.




2 kiriman komen

  1. Noor Fatin // Sunday, January 30, 2011 4:14:00 PM  

    adatlah tu haris. cuma ko jangan putus asa dan ko kena selalu ada keyakinan diri. semua itu berlaku atas usaha ko. percayalah.. :)

  2. harisu-sama a.k.a RS // Tuesday, February 01, 2011 12:15:00 AM  

    thanx fatin :)