Tadi buat sekalian kalinya, aku mulakan conversation dengan someone ni yang sentiasa berada no 1 dalam hati aku.
Okey ni bukan pasal cinta. SERIUS.
Aku ingat lagi betapa gembiranya aku masa dia terima aku dulu. Masa tu malam. Beberapa jam lagi masa untuk tidur. Aku tak boleh berhenti senyum sebab, terlalu bahagia, sampaikan masa tidur pun aku tersenyum.
Aku betul, betul, betul, betul, betul bahagia masa tu. Sebab, aku tak sangka dia terima aku. Bahagia sgt sampai pipi aku letih senyum malam tu.
But then something happened between us.
Ingat lagi satu hari tu, aku cuba call. Tiba-tiba apa yang aku dapat. MAKIAN. Tiba-tiba.
Aku menggeletar masa tu. Aku ingat lagi aku tengah happy-happy, tengah window shopping, dengan family, niat baik nak call, tiba-tiba kena maki dengan dia. Dia yang selama ni baik, muka innocent, maki aku.
Dengan menggeletar-menggeletar tu aku reply dalam bentuk mesej, MAKIAN. Sungguh, aku sangat kurang vocab maki hamun, kau tahu tak betapa susah aku fikir nak balas apa? Selain maki, aku hina keluarga dia, habis-habis. Sebab aku kecewa. Aku terkejut. Dia maki aku dengan kata-kata yang aku tak sangka akan keluar dari mulut dia. Kata-kata yg memang mencalar maruah aku. Jadi aku balas dengan sesuatu yg berkaitan maruah jugak.
Aku tahu aku silap tapi..itu berlaku spontan. Aku cuma sedar lepas tu, yang aku tak matang, dan aku melampau sebab hina keluarga dia. Padahal dia cuma hina aku.
Apa yang aku sangat kecewa, aku sayang dia. Aku selalu belanja dia makanan. Kalau bulan puasa pergi bazar ramadhan aku tak pernah lupa belikan dia sesuatu. Lepas tu aku gunakan orang tengah utk hantar makanan tu. Tapi silap aku, salah pilih orang tengah. Orang tengah tu terlalu baik sampai tak sampai hati cerita hal sebenar dekat aku. Masa mula-mula dia memang makan makanan-makanan tu, tapi di hujung-hujung sebelum dia maki aku, aku dengar makanan tu ke tong sampah je. Aku tak tahu betul ke tak tapi aku dengar dari mulut kawan yang memang sgt jujur. Dia ni kawan kepada orang tengah ni. Haih kalau betullah, alangkah bongkaknya dia.
Aku tahu aku terlalu berusaha. Silap aku. Mungkin dia rimas. Rimas hari-hari hantar makanan. Dahlah guna orang tengah. Lepas tu mesej jiwang-jiwang. Sorry tu je cara yang aku terfikir masa tu. Aku mentah lagi. Lagipun aku busy, dia pun busy, so terpaksa guna cara tu untuk tunjukkan aku caring pasal dia. Aku jarang jumpa dia, tu juga mungkin puncanya. Aku juga jenis tak berani act sendiri, semua benda nak ber-orang tengah. Mungkin juga punca. Aku juga pendiam tak tahu apa nak cakap, tu juga mungkin punca. Ah, abaikan.
Aku tahu antara puncanya lagi. Ada penghasut. Ada pendengki. Aku ada spy yang tak perlu aku upah mereka sendiri ikhlas tolong, nampak dia dirapati orang lain. Sampai sekarang aku benci makhluk bersisik tu! Dan juga kawan-kawan makhluk perosak tu.
Yang penting sekarang dah bertahun-tahun..sampai sekarang aku tak tahu apa punca sebenar tiba-tiba dia maki aku. Benda tu hang sampai sekarang. Dan sampai skrg walaupun benda tu hang cmtu je, n ktorg dah takde apa-apa, dia still no 1 di hati aku. Betapa sayangnya aku dekat dia. Sampai skrg, tak tipu.
Aku add facebook dia dulu pun aku kumpul kudrat. Berapa bulan aku fikir nak add ke tak nak. Macam org kena sawan masa mula-mula tahu dia ada Fb. Hmm sbb aku takut hadapi kenyataan. Mana tahu dia maki aku lagi, via message? But then dia approve. Again aku gembira sgt. Dan dah nak dekat setahun ni, baru aku chat dgn dia tadi.
.
.
.
DINGINNYA DIA T________T
Aku sungguh kecewa skrg. Sombong..
Tapi takpe, aku akan cuba bersangka baik. Biarlah pbualan dingin tu berakhir begitu. Lepas ni tak nak mulakan apa-apa dah. Aku cuma akan perhatikan dari jauh, berdoa dari jauh. Setakat ni aku bersyukur, dia masih ingat janji-janji dia pada diri sendiri, aku tahulah, sebab dia sendiri tulis dan bagi aku masa mula-mula kenal dulu.
Kamu tetap dalam pemerhatian saya sebab kamu kenangan terindah bagi saya.
I will never say goodbye to you.
Nota: Aku tak tahu kenapa aku gi post benda ni. Automatik. Dah nk tido bye!