Sekarang pukul 4.45 pagi. Pukul 3 lebih tadi aku terjaga. Terjaga disebabkan sebuah mimpi. Sekarang ni aku nak taip mimpi tu balik, bukan suka-suka nak share, tapi supaya aku TAK LUPA mimpi tu sampai bila-bila. Sebab blog ni tak ubah macam catatan hidup. Kalau satu hari nanti aku ditakdirkan pelupa, mungkin seseorang boleh pimpin aku, untuk baca hasil karangan sendiri, sebagai salah satu wadah untuk regain the loss memories.
Mula-mula aku nak korang bayangkan sebuah tapak perhimpunan yang luas. Padang perhimpunan sekolah. Dan ada sebuah pentas di depan.
Ceritanya begini.
Aku berada di atas pentas, seorang. Tengah berdiri dan buat sesuatu kerja sambil berdiri. Sibuk. Di depan aku, ada ramaaaaaaaiii students. Tapi dorang semua dalam kelompok-kelompok kecik dan berkumpul bersepah-sepah. Nampak macam perhimpunan belum start. Apa yang dorang buat? Cuma berdiri. Aku cuma kenal sedikit watak, yang lain semuanya tak berwajah.
Tiba-tiba datang satu kumpulan. Ok,aku kenal ketua kumpulan tu, tapi aku tak ingat nama dia. Dia datang ke pentas tempat aku berdiri. Dia jerkah "Kau buat apa kat sini?!" Aku dengan tak semena-mena TURUN dari pentas tu dan MINTAK MAAF dekat kumpulan tu. Kumpulan tu, naik atas pentas dan..aku tak ingat apa dorang buat, mungkin watak dorang habis takat situ je. Aku berlalu dari situ.
Then aku berlari-lari, MERENTASI students dekat tapak tu. Berlari menuju ke satu arah. Tergesa-gesa. Tak tahu kenapa. Disebabkan students ni dalam kelompok, maksudnya ada liang-liang yang aku boleh lalu. Tapi apa yang aku buat, aku berlari LURUS.
Tengah lari-lari tu, tiba-tiba dari arah belakang, aku kena SEPAK TERAJANG. Bertubi-tubi, dalam 30 ke 50 saat laaah~Rupanya masa aku lari tu, aku TERlanggar bahu seseorang. Dialah yang sepak terajang aku. Aku kenal sangat dia ni. Tak payahlah sebut nama. Waktu dia terajang aku, aku sebagai sang pemimpi, nampak diri aku sendiri di terajang, korang rasa apa perasaan aku? Sedih! Aku ternampak muka terkejut aku, tiba-tiba kene terajang, walaupun hakikatnya benda yang aku buat tu adalah hal yang tak disengajakan. Orang yg terajang aku ni, wataknya cuma terajang aku, tanpa suara. Waktu tu aku kene terajang tu aku cakap "Sorry, sorry, aku bukan sengaja.." tapi dia terus bagi penyepak bertubi-tubi dekat kaki aku. Waktu aku kene terajang ni jugak, boleh kata SEMUA STUDENTS tengok dan mereka TAK BUAT APA-APA.
Then dalam keadaan lemah dan aching di anggota-anggota badan tertentu, aku berpusing dan menuju ke arah yang aku nak pergi tadi. Apa salah aku sampai aku diterajang mcmtu sekali?Dalam setapak dua tapak lepas tu tiba-tiba seorang kawan baik aku datang. Dua tangan dia pegang kiri dan kanan bahu aku. Dia iring aku sambil cakap-cakap sesuatu, mungkin cuba menenangkan aku. Semua students masa tu tadi masih pandang aku. Masa tu tiba-tiba aku cakap dekat kawan baik aku tu, dalam nada yang agak tinggi, "Aku PENATlah nak berpura-pura!", aku membangkang kawan aku. Dan aku dah pun sampai ke satu kawasan baru. Kawan baik aku tinggal di belakang dan aku berjalan sorang ke kawasan baru tu.
Kawasan baru tu nampak macam asrama. Banyak pintu-pintu. Tapi dia macam bangunan lama, ahh abaikan, biasalah mimpi.. Dekat sini, scenenya, aku menangis-nangis cari kunci untuk masuk dorm aku. Tlalu banyak kunci dan ada 2, 3 pintu depan aku.
Dan aku pon terjaga.
Apa yang aku dapat ringkaskan dekat sini, mimpi ni sebenarnya lahir dari memori-memori silam aku. Tapak perhimpunan tu, pentas tu, watak dalam mimpi tu, datang dari satu dimensi masa yang sama. Iaitu zaman sekolah menengah aku. Lepas terjaga je dari mimpi ni, aku termenung then kau tahu tak bila kita nak mula menangis kita akan rasa dekat hidung dulu, then mata rasa panas dan baru air mata mengalir? Aku melalui fasa tu tadi dengan penuh penghayatan.
Mimpi ni.....apa yang aku boleh cakap.....walaupun aku TAK INGAT dah apa yang berlaku, kebanyakkannya lah, tapi, kesan dia pada emosi dan mental aku....terhasillah mimpi ni. SEPAK TERAJANG tu kalau dalam realitinya, bukan dari fizikal semata-mata, tapi dari segi emosi dan mental. Mimpi ni banyak yang tersirat.
Mimpi ni buat aku teringat yang...aku suka sangat sekolah ni, tapi betapa bencinya aku dengan budak-budak sekolah ni, sampai kadang-kadang aku benci jugak sekolah ni. Itu menjawab jugak kenapa aku tak ramai kawan kt sekolah menengah, walaupun duduk asrama, mandi, tidur, makan, belajar, solat, aktiviti bersama. Dorang, yang buat aku taknak berkawan dengan dorang. Faham tak? Aku cuma berkawan dengan segelintir, kawan sekelas atau kawan se-batch. Yang lain, bertegur sapa pun aku tak ingin. Tapi dekat sinilah aku jumpa kawan-kawan baik aku sekarang. Mereka orang yang sentiasa menemani aku dan melindungi aku, menjadi perangsang aku, menjadi sebab untuk aku senyum dan ketawa dan lain-lain. Frankly speaking, kalau tengok pic2 aku masa sekolah menengah, aku nampak tak bahagia. Kecuali gambar-gambar dengan kawan-kawan baik aku ni. Dan bila diingat-ingat balik, zaman sekolah menengah dulu, SUSAH nak tengok aku jalan sorang-sorang, which is irony to what had happened now, korang akan nampak aku dah berani jalan sorang-sorang. Now, actually sejak diploma, aku dipanggil lone-ranger, and I'm absolutely happy with that gelaran :) Apa yang cuba aku bagitahu ni adalah, betapa tak insecure nya aku rasa dekat sekolah tu so kalau nak kemana-mana aku akan bergerak dalam kumpulan at least dgn seorang kwn baik.
+-+-+-+-+-+-+-+-+-+
Melisa 1 (Me Lima Sains 1). Cuba carik aku yang mana. Apa yang pasti aku tak senyum dalam gambar ni. Tapi aku senang dengan kebanyakan wajah dalam ni. They're my classmate though.
Tak ingat ni form berapa. Tengoklah, aku senyum. Dekat fb pon aku komen benda yang sama. Sebab, amat jarang nak tgk aku senyum/gembira except when I was surrounded by my bfs.
Presenting my bffs (buat pertama kalinya), insya Allah abadan abada. Note: Ni yg from 2ndary school sahaja.
Dekat surau.
Also my bf :)
And tambah lg sorg :) Oh, nilah tapak perhimpunan ktorg! Dan pic kat atas tadi tu nampak pentas sikit.
dan beberapa orang junior yang rapat dengan aku, aku gembira berkawan dengan budak-budak ni.
+-+-+-+-+-+-+-+-+-+
Sebagai penutup, mimpi ni tadi betul-betul mengejutkan aku. Sebab, tiba-tiba! Takde angin takde ribut tiba-tiba je mimpi mcmni. Dan juga buat aku tiba-tiba sedih menangis bagai mengimbau kisah-kisah pahit yang dilalui sepanjang 5 tahun pertapaan aku di Sultan. *Sigh* Anyhow thanx wahai mimpi, sebab sebenarnya aku dah lupa dah, tapi teringat balik, yelah macam aku cakap, walaupun aku cuba sedaya upaya lupa semua ni, tapi jauh di sudut hati dan memori, kesan tu ada. Kesan tulah yang membentuk aku yg sekarang, dan juga aku yang dahulu. Penderaan dari segi mental dan emosi, kita tak nampak, tapi ia berbekas, tengoklah sampai termimpi-mimpi huhu.
Apapun, aku dah maafkan semua orang (yang aku rasa bertanggungjawab mendera emosi dan mental aku selama kat sana). Cuma aku mungkin masih tak dapat terima orang-orang tu dan buat mcm 'takde benda pernah berlaku' sebelum ni. Itu menjawab dialog aku dalam mimpi tu tadi, dialog dgn kwn baik tadi.
Tu jelah. Sorry entri panjang dan emo sket. Aku cuma nak benda ni dicatit sebab selain korang, aku juga pembaca setia belog ni. Just so you know, I'm okey now. Ja!
ili confuse....part atas tu rs juz had nightmare je kan?
x berlaku dalam real life kan?
sorry for asking that kind of Q.
nitemare kesan drpd apa yg penah berlaku sblm ni. nvm, since sy sendiri share benda ni