Hari ni, disebabkan tak kenal, mereka undi calon MPP yang cantik sahaja. Senang cerita.
Tak salah lagi rupa memang penting, tak banyak pun boleh pengaruh sikit-sikit.
Mana taknya poster pampang muka besar-besar, tulisan berbentuk janji ataupun ikrar haram tak nampak.
Aku rasa benda ni perlu ubah. Kau bukan artis ataupun model terkemuka nak jual muka. Bukan semua orang kenal kau yang kau nak buat macam tu. Yang kau jual adalah manifesto. Orang nak kenal kau melalui manifesto, barulah kami (sedikit sebanyak) dapat nilai siapa yg..yelah..mungkin layak diberi tanggungjawab dan mandat besar mcmtu, walaupun tak kenal tak pernah bertegur sapa waima bertukar senyum sekalipun.
Haih, tak kisahlah. Yang penting, hari ni, aku tak undi yang cantik, aku undi yang matang. Atas alasan apa pun aku tak tahu.
Bye!
Nota: Aku dah undi baru aku terbaca manifesto si cantik ni dekat FB. Bolehlaaahh.. isu dia sama pulak mcm apa yg aku pernah cdgkn sebelum ni..not bad..
memang agak macam tak adil.tapi sebab memang tak kenal.kempen pun mcm tak ada.aku tak pasti la kalau kempen tu berjalan tapi mungkin masa tak sesuai.lokasi n wtsoeverlah.no wonderlah ramai pengundi undi yg cantik.betulla sepatutnya dorang kena tulis manifesto dorang.tapi nak wat cemana kan?haha
dunia haris.. mmg org pandang yg cantik je. yg buruk mana la diorg nak pandang..
Setuju. Kadang-kadang pengundi tak tahu, main undi je.