Salam. Hi readers!
Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ni secara rasminya aku demam. Ni semua bermula daripada sakit tekak akibat makan cili padi pada masa yang sama minum air sejuk, kunyah pulak ais, then redah malam yang agak sejuk. Tu Rabu malam.
Pagi keesokkannya, Khamis, bangun pagi tekak dah perit, siap takde suara lagi tu haha. Lepas buang-buang kahak sikit, ada suara balik. Sepanjang hari tekak sakit. Malam baru beli ubat, sebab siang tak makan apa-apa cuma banyakkan minum air suam. Ubat ke? Hah, setakat pastil Dequadin je pun, sebab aku tak percaya sangat ubat sakit tekak macam Strepsil semua tu. Lagipun nak jugak rasa apa rasa Dequadin ni. So malam tu makan pastil tu tiga empat bijik, hmm legalah jugak.
Hari ni, Jumaat, bangun pagi dah pening kepala. Badan panas dan berpeluh-peluh. Sah, nak demam. Yeayy! Haha aku happy. Tapi taklah sampai melonjak-lonjak, maklumlah tak sihat *cough*. Basuh baju. Mintak roomate panadol, telan sebijk dengan perut kosong. Dah telan baru teringat patutnya kena makan something dulu, haih. Tak biasa telan panadol, sebab tu macam tu. Then pergi fac and bla3 yang penting hari ni sangat-sangat panas so bertambah pening kepala. So sepanjang hari ni demam, pening kepala, sakit tekak, batuk-batuk & sekarang ni hingus meleleh-leleh dengan gembiranya. Haha best gila.
Actually aku rinduuuuuuuuuuuuuuuu sangat sangat demam. Sebab tu aku happy. Ada cerita sebenarnya pasal demam ni.
Dulu masa kecik-kecik aku selalu demam. Demam teruk. Sebulan tu paling kurang pun dua kali. Dan lama pulak tu, paling kurang pun 3 atau 4 hari panas. Tapi tak ingat sejak bila, tak sure memang dari sekolah rendah ke dari bila. Tapi zaman sekolah menengah, aku memang ingat, sebab aku duduk asrama. Dalam sebulan tu mesti ada demam. Tapi lepas tu, form 2 ke form 1 kalau tak silap, aku buat operation buang tonsil. Tahu tak tonsil tu apa? Kalau tak tahu google sendiri, tapi secara mudahnya tonsil ni kalenjar yg berfungsi sebagai sistem pertahanan badan. Tapi dalam kes aku, tonsil tu dah tak mainkan fungsi dia yang sepatutnya, so doktor sarankan untuk buang. Lagipun aku punya masalah dah teruk sangat dah masa tu, sikit-sikit demam. Parents risaulah, buatnya demam teruk tu jatuh masa exam, haa memang teruklah.
tonsil yang bengkak
Tadi aku google, masalah aku adalah 'recurrent tonsilitis'. Kira selama ni aku demam teruk, selsema, sakit tekak, sebab tonsil aku selalu bengkak. Selain tu ada masalah lain jugak, tapi tak penting pun cerita. So nak pendekkan cerita, sejak dah buang tonsil, aku dah jarang demam. Silap-silap setahun dua atau tiga kali je, lepas tu, sekejap pulak tu, dua hari je mcm tu. Memang tak best.
Sebenarnya aku suka demam. Sebab masa demam, kita akan dapat perhatian lebih. Aku suka tengok orang demam di-pampered, macam dalam drama-drama tv, kene tuam dengan air sejuk/ais lah, makan bubur kadang-kadang siap bersuap, lepas tu tidur ada orang temankan, best. Lepas tu, kau tahu kan bila kita demam kita lemah semacam, muka pucat, mata merah, cakap pon tak bermaya..well aku suka keadaan mcm tu. Keadaan yg penuh kasihan haha. Dan ada lagi satu sebab. Aku discover yang demam ni, satu penyakit yang makan dalam. Aku tak tahulah tapi kalau demam, kita mesti kurus sikit. Yelah mungkin jugak sebab kita hilang selera makan during fever tu tapi bila kita demam, kita dapat rasa macam ada benda makan-makan barang-barang dalam badan kita ni. Haha, aku tak pandai sangat biologi tapi tu teori ntah apa apa aku lah. No wonder zaman sekolah aku kurus, esp during my secondary school. Siap arwah atuk aku pernah tanya aku, "kau amik dadah ke?". True story! Terkesima ayah aku yg ada sekali masa tu, aku apatah lagi, macam nak gugur jantung dengar. Masa tu arwah atuk aku sakit, tu agaknya mulut dia tak bertapis. Ah lagi satu, bila sakit ni kan kifarah kepada dosa-dosa kecik yg kita pernah buat. So, I loikkkkeeee.
Dan tadi, aku teringat yang Acu aku pernah lumur kepala & rambut aku dengan air ke lendir ntah yang diekstrak dari daun bunga mawar kalau tak silap. Masa tu aku balik wajib, cun-cun pulak demam. Waa tu memang tradisional gila. Sayang Acu aku. Then teringat ibu, ayah, yang jaga aku masa aku demam. Masa kecik-kecik dorang akan tuam badan aku dengan air sejuk sampai aku tertidur. Kadang-kadang siap berdodoi. Dan aku teringat jugak, tiap kali aku demam panas, i mean yang betul-betul panas, aku memang akan meracau-racau. Pernah sekali aku meracau-racau lari keliling rumah nenek aku, menangis-nangis tak tentu hala, masa tu sepatutnya aku dah kena balik asrama dah, tapi sebab demam aku terpaksa ponteng.
Serius, aku rindu untuk demam. Aku rindu nak demam lama-lama. Aku tak suka sangat sekarang ni, kalau kene hujan pon susah nak demam. Kadang-kadang rasa mcm saje nak cari pasal asalkan dapat demam haha. Tapi err fikir-fikir balik, kene sesuai dengan masa lah. Janganlah masa exam pulak demam. Sebab aku kalau demam memang kerja-kerja memerah otak tak dapat jalan punya. Macam skrg ni aku gembira sebab kan tengah cuti, sampai Selasa pulak tu. (Tapi cuti-cuti pun assignments berlambak, siap ada test lagi Rabu depan)
Hmm tu jelah kot. Nak taip pendek je tadi tapi jadi panjang jugak. Anyway, saya suka demam, serius! Ada sesiapa nak share virus? Hehe. Bye.
Nota: Mr Wednesday, U are the wish that comes true :)
Nota lagi: Tadi makan bubur nasi panas dengan jus epal suam. Hari ni banyak minum air panas, kasi tekak lega.
jaga diri.makan ubat..
syafakillah =)
syafakillah? err..syukran abil :)