Contest: Aku & Lagu

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, February 07, 2011 | | 3 kiriman komen »


Hello readers!

Hmm aku suka dengar lagu dan aku paling suka lagu yang lirik dia ada kaitan dengan perjalanan kisah hidup aku. Tak banyak tapi memang ada. Salah satunya lagu ni. Lagu ni, kalau aku dengar aku akan jadi sedih, aku tak tahu kenapa. Lirik dia, bagaikan busur memanah tepat ke hati aku setiap kali aku dengar lagu ni. Muzik dia, sangat mengasyikkan, membuai aku dalam gelora pilu. 

My heart. Lagu nyanyian Irwansyah dan Acha Septriasa.

Pernah sekali, hari perkahwinan lecturer aku. Aku datang dengan kawan-kawan untuk meriahkan majlis. Dan sampai satu saat, bila orang ramai dah bersurai, biasalah kalau rumah orang kawen, ada DJ, ada karaoke, jadi DJ tu panggil kami untuk karaoke ramai-ramai dekat depan. Berkaraokelah mereka, kecuali aku, sebab aku nak rakam nyanyian mereka. Nyanyi lagu kahwin. Selamaaaat pengantin baruuu teng treng teng teng teng teng. Tiba-tiba sorang request lagu ni. My heart. I mean lagu my heart. Aku dah sentap dah. Baru request tu. Tiba-tiba pulak, cd minus one lagu ni ada pulak. Ah, sudah. Aku dah, pelan-pelan, menjauhkan diri. Tiba-tiba sorang tarik aku untuk duet lagu ni, hahh? Duet dengan sorang ni. Aku geleng-geleng, berkeras tak nak. Dan akhirnya dia berduet dengan orang lain. Aku tak nak bukan sebab malu ke apa, tapi first of all aku sentap, kenapa lagu ni? Aku memang tergamam. Beside, aku rasa lagu ni, pada masa tulah...bukan boleh dinyanyikan sesuka hati. Sebab lagu ni ikhlas. Lagu ni lagu untuk sepasang kekasih. Jadi aku tak boleh..sebarangan..berduet guna lagu ni. Sampai macam tu sekali.

Pelikkan? Lagu ni je yang aku rasa aku pernah letakkan syarat mcmtu. 

Apa kata baca entri ni sambil pasang lagu my heart?

Sebenarnya ada kisah disebalik lagu ni. Ianya agak personal walaupun dah 4 tahun lebih berlalu. Yang pasti, mula-mula dulu aku pelik mcm mana lagu mcm ni boleh wujud. Perasan tak lagu ni rojak? Dwibahasa! Aku rasa macam..ni lagu duet dwibahasa pertama dalam hidup aku masa tu. Atau patut aku cakap pada era itu? Dahlah lagu Indonesia. Bukanlah aku tak suka lagu Indonesia tapi masa tu, entah, pelik, lantas tak dapat terima. Tapi entah macam mana, aku fahamkan bait lirik dia, then aku mulai suka, terutama pada part "bila kita mencitai yang lain, mungkinkah hati ini akan tegar, sebisa mungkin tak akan pernah kasih ku akan hilang", bunyinya sangatlah sedih. Kebetulan kena pada diri sendiri masa tu. 

Seseorang pernah 'nyanyikan' lagu ni dekat aku. Sangat ikhlas. Masa tu aku tak sangka, dia sanggup bukak internet untuk faham betul-betul lagu ni. Bila dia nyanyi, dia seolah-olah menyindir aku. Aku yg rasa macam tu. Maksudnya, bila dia nyanyi "bila KITA mencintai YANG LAIN..MUNGKINKAH hati ini akan TEGAR?" dia seolah-olah nak bagitahu, "aku tahu kau suka orang lain tapi kau dengan aku sekarang, pandanglah aku..". Dan ni lagu duet. Lepas tu peluang aku pulak untuk 'tanya' dia. Masa tu sangat..syahdu..walaupun masing-masing macam main-main. Hehe.

Tiap2 lirik tu ada kisahnya yg tersendiri dengan orang yang menyanyikan lagu ni. Dia mungkin tak perasan. Ukir nama kat mana contohnya? Well masa kita tengah angau, kita memang berlebih-lebih melayan perasaan kan? Tulis nama atas buku conteng pon kita anggap macam ukir nama dekat pokok *tounge*

Anyway, dah 4 tahun dah. Malas nak ingat. Kadang-kadang bila tengah duduk diam-diam dalam kereta then terdengar lagu ni, aku akui aku tersentap. Aku teringat aku pernah lalui zaman, suka orang lain tapi bersama dengan orang lain. Ah aku rasa semua pon pernah lalui. Nak2 yang ramai crushes nii.. Hmm waktu tu, entah, kawan yang suruh kasi peluang dkt dia ni sebab kesian aku baru lepas heartbroken. Haih mcm manalah hati kita dapat terima orang lain sedangkan kita suka orang lain, korang tak pelik?

. . .

Okey2 enough with the past. Ni gara-gara contest ni lah grrr.. Err aku rasa aku gagal buat entri ni sesentap yang pernah aku rasa. Ciss. 

Okey siapa nak join boleh klik NAK JOIN, syarat-syarat penyertaan dan hadiah boleh check it out yourself *grin*. 

Now, aku nak tag Mas yang suka join contest, Man yang tengah angau, Ecah, 'Bro' Ina, dan juga MFS! Tarikh tutup: 28 Feb 2011.

Nota: In case U read this entri, baca sampai habis lepas tu buat-buat mcm tak baca je ek. U know the truth, so syyhh :P Peace!


3 kiriman komen

  1. ♥ iLi ♥ // Thursday, February 10, 2011 10:22:00 AM  

    wah! menarik contest ni.

  2. harisu-sama a.k.a RS // Sunday, February 13, 2011 1:53:00 PM  

    ili,jom lah join!

  3. Noor Liana // Monday, February 14, 2011 11:09:00 PM  

    Assalamualaikum
    Tenkiu join and gud luck!!!