Al Fatihah

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, January 31, 2011 | | 5 kiriman komen »

(dengan Azi dua hari sebelum konvokesyen)

Untuk my classmate masa diploma. Hazirah Anati bt Ismail (Azi). Alhamdulillah sempat jumpa arwah masa datang Sarawak untuk convocation day (dia tak join konvo sebab sakit) dan sempat chatting dengan arwah beberapa minggu lepas dekat Facebook. Masa tu dia kata dia sihat. Sempat lagi melawak bergelak bagai. Dia memang kuat. Sebab tu Tuhan uji dia dengan kanser.

Kanser, penyakit yang aku minta aku dapat sejak kecil. Dan kadang-kadang sekarang pun. Tapi Tuhan tahu aku tak kuat.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al fatihah.



saya cabar anda menyeringai sambil tunjuk 'peace' untuk gambar IC

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, January 31, 2011 | | 7 kiriman komen »

Salam.

Hi readers. Tiba-tiba je lately asyik update kan? Okeylah kali ni just a short entri. Sempena penutup Januari.

Tadi aku pergi JPN. Jabatan Pendaftaran Negara, dekat sebelah Concorde Hotel Shah Alam. Tak tahulah exactly tu seksyen berapa. Memang tak hafal jalan. Cakaplah apa korang nak cakap, aku memang rakyat Shah Alam yang tak boleh diharap. Bayangkan, nak naik Rapid pun aku boleh tanya budak-budak lain mcm budak Johor, budak Sarawak etc berapa nombor bas nak pergi KL. Tu belum lagi cerita aku jadi pemandu arah sesat. Huru hara. Dahlah malam, kejar masa. Haih, seriously buat masa sekarang tolonglah jangan tanya aku jalan-jalan kat S.A ni. Malu. Tunggu sampai aku dah ada kereta sendiri dan ada hobi 'merayau-rayau di Shah Alam' untuk 2, 3 tahun akan datang ya!

Okey, pergi sana sebab nak renew IC. Maklumlah umur dah 20 tapi gambar nak maintain muda 8 tahun dan innocent, apa kes? So nak renew IC kene amek gambar. Sebelum ni gambar agak buruk walaupun nampak innocent dengan spec nya, baju kemeja nya, ketembaman nya..so berazam nak gambar kali ni elok sikit! Tapi apakan daya, sesampai je kat sana, tanpa touch-up apa-apa, even hidung pon tak sempat nak lap (mana tahu berminyak) daaaah disuruh duduk ambik gambar. Aku pulak berat mulut nak mintak 1 minute tengok cermin betulkan apa yang patut, pakai blazer ke, hahh lepas duduk dia mintak tunduk sket, senget ke kiri sket, senget ke kanan sket, 'ZOOOM' *bunyi kamera* dah selesai.

Konfem buruk! Waaaaa.

Lepas tu keluar senyum sorang-sorang sebab aku berimaginasi aku cakap mcmni,

"Bang, abang tolong adobe photoshop-kan gambar saya tadi tu tak? Pleaaasseeee."

Ni satu fakta lah, aku memang tak berkenan tengok gambar-gambar macam gambar passport, gambar kad pelajar, gambar IC, sebab tak pernah yang elok. Muka ketat. Nampak terpaksa. Nampak takde mood. Takde nur pulak tu. Haih. Ni antara contoh lah..

Muka ketat! Ni pic masa program MMS UiTM, masa tu baru masuk, sem 1 dip, nak amek gambar kene beratur panjang, panas pulak tu, so tu menjawab kenapa muka mencuka mcm tu huhu. Kenapa aku bagi cina JPJ tu pic ni? Sebab aku malas nak amek gambar baru, guna je apa yg ada :P

Nilah gambar yang didakwa penulis sebagai innocent. Innocent ke? Haha.

Malunya share pic2 niii! >.<"

Hmm! Tak boleh ke dorang ni edit sket2? Sikit jeeee. Tak boleh ek?

Lantaklah. Kalau dah buruk tu, buruklah, nak edit2 pulak kau ni! Haha. Macam aku pernah update kat Twitter dulu, "bila kita rasa kita buruk, YA kita memang buruk, so what? FACE IT!" Tu motivatisi utk diri sendiri sebenarnya.

Ok bye!



Saya mengaku saya teruk. Fullstop.

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, January 30, 2011 | | 2 kiriman komen »

Peace upon u readers.

Hmm korang biasa dengar tak benda ni?

"Selalunya yang pandai-pandailah ni lah yang teruk."

Aku dah banyak kali jugak kot dengar. Tapi moment yang memang melekat dalam kepala adalah waktu aku dgn Bob tengah-tengah berborak-borak mengumpat pasal beberapa orang yang kitaorang kenal, then suddenly he said something like that. Masa tu tgh lunch dekat rumah dia, family dia ajak. Aku tak tahulah tu kira mengumpat ke apa, sebab kalau aku mengumpat mcm boleh terima tapi Bob mengumpat? Err apa-apa jelah haha. Hmm moment ni paling melekat dalam kepala sebab lepas tu dia bagi beberapa contoh orang yang aku kenal, yang memang pandai, then apa benda 'mengejutkan' yang diaorang pernah buat. Nasib baik dia tak sebut nama aku, memang aku lari teruslah dari situ. Ceh perasan pulak pandai kan.. *tounge*

Dan kadang-kadang bila kita berkenduri-kendara, atau berkumpul sedara-mara, atau berada di mana-mana sahaja majlis yang mengumpulkan manusia tak kiralah pasar ke, masjid ke, depan kedai makcik jual nasik lemak ke, dalam bas ke, biasalah aktiviti mengumpat sering berlangsung dengan meriahnya. Dan kebiasaanya entah macam mana aku boleh ada berdekatan, so aku akan terdengar sok sek sok sek umpatan cerita panas then, akan ada sorang sebut kalimah berdarah kat atas tu sambil yang lain-lain mengangguk tanda setuju, then aku pon terasa panas di muka.

Aku terasa sebab aku pandai. Dan juga teruk! >.<>Then, menyokong penuh yang 'hidup ini umpama roda, ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah', lihatlah dunia aku bukan lagi seorang yang bijak. Semakin rosak di mamah usia adalah. Haih.

Zaman tadika dulu, gara-gara aku anak orang biasa (commoner gitu) tapi tumpang ber-tadika bersama-sama anak-anak polis, disebabkan nak menghormati anak ketua polis masa tu, aku yang patutnya dapat no 1 selalu di-nombor dua kan oleh cikgu2, dalam mana2 acara baik akademik ataupun sukan. True story!

Kemudian zaman sekolah rendah. Asyik2 nombor 1, 2, 3.. masuk itu masuk ini sampai popular dekat sekolah. Then lompat kelas lagi. PTS. Zaman kejatuhan aku bermula lepas aku lompat kelas. Guru besar aku ketika itu ada dua teori so akulah bahan eksperimennya. Pertama, aku mungkin tak boleh bawak subjek darjah 5, yelah tahu-tahu lompat langkau darjah 4, untuk subjek macam Math, Science, Sejarah, Kajian Tempatan kan macam susah nak adapt. Dan yang kedua, aku mungkin boleh 'menarik' kanak-kanak yang tidak pandai untuk jadi pandai, macam aku (bangga sekejap). So dia masukkan aku dekat kelas belakang. Apa yang jadi, instead of aku ubah dorang, aku yang berubah, menjadi pemalas terutamanya dan lain-lain. But then darjah 6 aku naik balik, dapat kelas kedua. Masa result UPSR keluar berlari-lari cikgu datang cakap aku dapat 5A, sekali TAK. Tuhan je tahu perasaan aku masa tu,haih.. Ni kalau nak cerita lanjut sila request k! I sudi spent masa type ceritanya. (Kenapa aku rasa macam aku pernah cerita je dalam blog ni ek?)

Kemudian zaman sekolah menengah, hmm ada turun naik. Panjang ceritanya.

Then diploma. Walaupun nampak macam menaik sahaja tapi dari segi usaha, kerajinan, kesungguhan, kesan 3 tahun berdiploma dalam kehidupan dari segi akademik aku rasa kurang. Masalah pelupa makin menjadi-jadi mungkin punca utama.

Dan now degree. Nampak aku dekat bawah sekarang. Sem lepas nasib je lepas. Syukur sgt2. But seriously, aku tengah dekat bawah skrg. I mean pusingan roda tulah. Aku tengah kene lenyek dengan sebuah roda besar. Betul-betul kat bawah haha.

Ehhhhhhhhhh? Apa aku melalut ni? Haha. Dah2 jom masuk main point. Okey now korang dah nampak kenapa aku cakap aku bijak. Takdelah bijak mana pun, tapi kira bijaklah tu kot. Ntah pape je ayat, rasa nak lempang je sebab perasan bijak.

Okey okey. Teruk tu bukan dari segi pelajaran ya. Teruk dari segi akhlak or watsoever. Well I have to admit, aku ni teruk, that's why aku terasa kalau ada orang ckp mcm tu. W'pun kadang-kadang makcik-makcik tu bukan nak sindir aku pon. W'pun kadang-kadang sedara-mara aku bukan tuju kat aku pon. Terasa sangat-sangat. Dengan latar belakang pendidikan aku lagi. Hmm.

So, kalau lepas ni ada orang cakap mcmni dekat aku, aku tak kesah. Alu dah mengaku dah pon. Dekat blog lah. Siapa yang baca tahulah. Siapa yang tak tahu aku mungkin akan tunjuk entri ni dekat dia, masa tu kira macam bukti lah, "hey I did admit that I'm a bad person, nah baca ni!"

Sebenarnya aku nak cerita yang aku bersetuju dengan statement kat atas tu. Lepas apa yang berlaku pagi tadi. Kejutan besar. Tak sangka. Migrain aku. Terkejut sangat. Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Tapi semalam aku dah tolong apa yang patut dan harap dia tak terkantoi lagi. Sebab dia pandai dan kecik lagi. Hmm remaja nak membesar kot. Tapi kekecewaan tu.. huuuuu susah nak explain.

Tapi tak semua yang bijak pandai ni teruk. Statement begini keluar cuma disebabkan, budak ni pandai tapi rupanya di sebalik kepandaian dia tu,dia ada sesuatu yang negatif dan sangat mengejutkan maka terus dilabel teruk oleh masyarakat. Yang mana sepatutnya bertentangan lah kan? Budak pandai patutnya taklah mencuri, jual badan, minum arak, kahwin lari, tengok porn, ambil dadah, sosial dan sebagainya, kan? Kadang-kadang aku rasa aku tahu puncanya. Sebab kan aku salah sorg yang tergolong dalam golongan ni~ Tapi laterlah. Tujuan entri ni nak admit yang aku ni teruk, aku setuju dengan statement ni dan sesiapa yang ada perasaan yang sama bolehlah share.

Sorry entri panjang. Ahad kan bosan why not spent 5 minit baca sampai habis hehe. Jgn lupa klik nuffnang sayeeeee! Tu tepi belah kanan atas tu :D Bye!

Nota: Aku bukan contoh teladan yang baik.




home sweet home

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, January 29, 2011 | | 0 kiriman komen »

Finally I'm home.

rumah monopoli :D penekanan pada word 'chance' ya anak-anak.

Perjalanan dari kampus ke rumah dah macam perjalanan dari rumah nak balik kampung je. Macam Shah Alam ke Melaka. Tiap kali kalau balik naik Rapid memang confirm malam tu (biasa memang balik petang betul-betul lepas Asar dan akan sampai malam sebelum Isyak), tengah-tengah bermalas-malas atas couch sambil tengok tv, last2 tv yang tengok aku. Sangat jarang hokeyh nak dapat peluang begitu. Peluang tertidur depan tv. Betapa empuknya couch tu. Siang tadi pun tertidur masa tengok tv. Bangun2 je citer hindustan tv2 dah separuh jalan dah. Aku pon elok je layan. Mungkin sebab Preity Zinta dengan Salman Khan yang berlakon kot. Sempat update Twitter sejurus menyedari aku boleh ter-humming lagu citer tu masa iklan. Oh dahsyat citer tu. Ni terasa nak google tajuk dia (boleh pulak tak tahu tajuk!) and cuba download kot-kot lah ada *tounge*

Kenapa letih sangat tu aku tak pasti. Tapi yang pasti aku sangat annoyed bila bas tu dah penuh tapi driver bas boleh-boleh nak sumbat lagi dengan students. Dahlah ni cuti semester, dengan luggage budak2 tu lagi, bertambah sesak keadaan bas tu. Terutama untuk org yang berdiri. Dah kat lantai penuh beg, abis tu kaki nak letak mana? Semalam memang aku sangat sopan untuk perjalanan sebelum berhenti kat Klang Sentral. Kaki rapat. Betul rapat! Lenguh. Nyanyi Negaraku pun tak serapat tu. Then kebetulan ramai pugak students yang berhenti kat Klang Sentral so luckily banyak seat kosong lepas tu. My perhentian is Seksyen 2. Pfttttttttt..lega. Waktu tu berdoa kerusi tu transform jadi kerusi urut. Tapi tengok kat tepi takde tempat nak insert coin, yang ada cuma bunyi 'ketak ketak ketak' macam ada benda nak tercabut, so terus tersedar yang ni cuma bas Rapid yang tak diselenggara dengan baik. Anyway, kalau aku sungguh biadap dan jantan masa tu aku mungkin akan sound driver tu, "Bahaya tahu tak bawak lebih muatan! Kerja malas!" Luckily mood aku dalam keadaan tenang lepas dapat seat.

Dah sampai rumah, tempat yang paling dirindui of course lah bilik tidur! Dan yang kedua, spot aku dekat couch depan tv tingkat atas. Spot aku tertidur semalam err dan juga malam2 sebelum ni haha. Yang ketiga, fridge! Haha. Balik-balik terus naik, masuk bilik, buang bendasing yang tak sepatutnya ada dalam bilik tu (kadang-kadang kanak2 rumah ni suka tumpang/letak tudunglah vestlah brg apelah atas katil aku), lepak atas couch, turun bukak fridge tgk ada makanan baru mcm chocalate ke vitagen ke gula-gula ke (kitaorang adik beradik kalau makanan cmni memang akan bahagi2, so kebiasaanya bila bukak fridge akan ada bahagian aku), and baru salam ayah. Okey jgn tiru itu. Aku memang mcmni, kadang-kadang kalau balik or nak pergi ke or dari somewhere yang tak berapa jauh, Puncak Alam kan dekat je kan dengan rumah, so aku mcm tak terfikir nak cium tangan ibu ayah. Tapi kalau balik aku salam. Kalau sampai rumah yang aku tak salam. Ntah aku ni. Dah2 jangan tiru benda ni. Haishhh. Kau kena ubah RS!

Masih mengantuk lagi. Ni aku dah google tajuk citer hindustan yang aku tengok tadi. Jaan-E-Maan. Bolehlaaaaah, tak bosan tengok, lagu dia pun best. Dapat tgk Preity Zinta dgn Salman Khan. Teringat cerita Chori Chori Chupke Chupke je tadi, tu yang tengok tu. Aiyyo minggu lepas tengok 3 Idiot. Hari ni tengok citer ni pulak. Tolonglah jangan kata ni petanda aku nak start kumpul citer hindustan pulak.

Okeylah mengantuk. Bye2. Home sweet home. *sembam badan atas katil*



sedetik lebih

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, January 21, 2011 | | 4 kiriman komen »

Salam.

Cemburu. Itu yang aku rasa sekarang.

Masa aku diploma dulu, aku pernah berhadapan dengan satu situasi di mana simpul jalinan persahabatan 3 orang kawan ni longgar sebentar dek kerana rasa cemburu. Seorang daripada 3 orang ni tiba-tiba jadi cemburu sebab 2 orang itu lebih rapat. Untuk lebih mudah faham, A cemburu dengan B sebab C 'nampak macam lebih rapat' dengan B.

Masa tu aku pelik, dalam berkawan pun boleh cemburu ek? Disebabkan A, B dan C kawan aku, aku cuba selesaikan masalah tu. Lepas selidik-selidik, puncanya cuma 'nampak macam lebih rapat' je. Kecilkan masalah tu? Nak dipendekkan cerita, alhamdulillah hubungan mereka bertiga akrab macam dulu-dulu sampai sekarang. Aku tak pasti status dorang, kawan baik ke kawan je. Tak penting.

Hari ni, aku pulak cemburu. Aku cemburu tengok keakraban orang lain. To be specific keakraban somebody yang aku tak tahu apa status aku pada dia, kenalan atau kawan. Aku sangat mementingkan kejelasan status. Ya, dari kecik. Perhaps, dari zaman sekolah menengah, kott. Haha. Kalau ada next entri mungkin boleh cerita. Ceritanya agak pelik dan lawak.

Aku harap aku dapat jadi kawan dia. Seronok tengok, ramai kawan-kawan dia. Dan dia macam disayangi so aku lagilah macam curious nak tahu apa yang buat kawan-kawan dia sayang sangat dekat dia. Ah peliklah aku ni, dalam ramai-ramai orang kenapa dia? Mungkin lepas tengok gambar bday celebration dia kott. Haih, aku memang sensitip sikit bab-bab suprise bday party ni. Berharap sangat best friend aku buat satu haha. Hmm bagi aku, bukan calang-calang orang dapat taw. Even aku pun tak pernah buat kat sesiape..susah kott, tapi best. Okey hint! Haha.

Tapi bukan sebab tu je. Ntah. Aku tak ramai kawan so nak tambah kawan lah kott. Kawan yang boleh buat aku happy dan bangga. Oh dia seorang yang ceria dan mungkin bakal doktor atau pharmacist. Plus, dia tahu one of my secrets (ceh, plural, ye ye je..) so hmm..senanglah hidup kott haha. Kira kalau aku mtk pendapat, dia mungkin boleh bagi pendapat yang berbeza dr orang lain, sbb aku pada mata dia bukan macam aku pada mata orang lain. Uishh banyak hints aku bagi hari ni. What I can say is hanya jauhari mengenal manikam :)

Aku selalu bagi hints sebab aku harap satu hari nanti orang akan "Ohh patutlah dia mcm ni mcm ni.." or "Eh now baru aku perasan, dulu dia ..." Haa lebih kurang cmtulah.

Okeylah dah melalut-lalut. Bye.

Nota: Lelaki yang jahat bukan untuk perempuan yang baik. Err.

Nota lagi: Cuti Thaipusam semalam best! IOI Mall, lunch at Nando's, Jusco, apartment, berhimpit dalam bas mcm tin sardin, jog with housemates, dine and karaoke with Kak Anis, Ain, Nana, Sher and Ben, dapat camera baru and biskut promotion.



Beruntungkah aku?

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, January 19, 2011 | | 4 kiriman komen »

Tahu tak, walaupun tak kenal, tapi bila aku suka orang tu, aku takkan lokek masa dan tenaga untuk berdoa pada Tuhan, untuk ringankan beban atau masalah, atau beri dia kesejahteraan hidup, atau apa sahaja.

Kalaupun orang itu akhirnya m'benci aku, atau tak suka aku, atau selamanya tak tahu kewujudan aku, atau selamanya tak tahu tentang aku suka pada dia, mungkin, aku tetap kekal dengan sifat itu.

Beruntunglah mereka.

Alangkah bagus kalau ada insan yang begitu juga. Untuk aku.



Agak-agaklah..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, January 13, 2011 | | 8 kiriman komen »

Salam.

Sebenarnya malas nak update. Bukan apa, sejak mula kuliah ni aku perasan sesuatu. In case korang curious, minggu ni baru minggu kedua aku untuk semester ni. So sambung balik, lately aku terperasan sesuatu iaitu, aku tak dapat berfikir secara waras. Dan fikiran aku asyik melayang-layang entah ke mana. Jadinya assignments aku langsung tak sentuh kecuali tadi, tu pun sebab minggu depan segala assignments nak kene submit. Buat homework Arab sehelai setengah muka surat sampai 30 minit! Aku macam mamaaaaaaaaai je. Dan aku susah betul nak perah otak.

Haih.

Tahu tak pasal Dato' Seri Najib bukak kaunter pertanyaan dekat Twitter, Facebook & mana ntah lagi so nanti dia boleh jawab tu? Aku tak faham kenapa ada orang-orang bodoh yang boleh tanya soalan mcm:

Datuk pakai lipgloss jenama apa? (harap2lah maybelline) (.___.) And datuk prefer siapa, @KimKardashian or @PamelaAnderson?

How does is feel to sleep next to Rosmah? Mendebarkan tak?

Nasi Ayam bawah ofis I naik 50 sen.Apakah langkah2 yg patut diambil oleh Gov utk memastikan gaji I yg sikit tu ckup utk sebulan?

Banyaklah lagi. Seriously stupid. Show some respectlah. He's our leader. Now the oppurtunity is right in front of you, you waste it with all that silly questions. Aku ingatkan aku sorang je tak waras, rupanya ramai lagi yang tak waras kat luar sana. Kalau korang tak puas hati ke apa ke, masa tulah korang boleh tanya, isu kenapa harga petrol asyik naik ke, isu sistem pengangkutan awam di Malaysia tak selamat ke, isu pendidikan ke sukan ke hiburan ke, ni tanya benda-benda tak masuk akal macam ni..haih.

Tutup pasal tu.

Lately jugak, ada 2, 3 orang yang tegur aku. Tegur gaya aku. Actually sentap jugak, kiranya kalau ada yang cuba kenalpasti riak wajah aku lepas tu, memang confirmlah, muka aku berubah. Biasanya yang menegur tu akan tegur sambil gelak-gelak tanpa mempedulikan apa reaksi aku, so it's okey. Tapi kalau ada yang duduk tepi-tepi terdengar teguran tu then dia macam kasihan then dia tengok je aku, oh malunya aku.

Mula-mula masa kat Gombak, dorang gelakkan cara aku berlari. Tapi since dorang kawan-kawan baik aku, rapat dengan aku, aku macam tak kisah sangat. Lagipun dulu dekat sekolah pon pernah kene gelakkan jugak dengan orang yang sama jugak. Dengan org lain pon pernah agaknya. Tapi aku sentap jugak, w'pun kawan baik. Yelah tiba-tiba kene gelak kan? Ntah aku pon tak tahu kenapa dengan gaya larian aku.

Then minggu ni dekat kampus. 2, 3 orang gelakkan gaya aku bercakap pulak. Gaya aku berjalan. Gaya aku ape ntah lagi. Aku sentap jugak, tapi, buat dono jelah.

Well apa yang aku nak cakap kat sini, that's me. Kalau rasa tak boleh terima, takpe. And kalau nak gelakkan pon, hmm, agak-agaklah kot. Actually tak boleh nak salahkan dorang, sebab yelah mana tahu memang sangat lawak kan? Tapi kene jaga jugaklah hati orang lain. Tapi fikir-fikir balik, ah tak kisahlah, as long as aku jadi diri sendiri and aku tak menyusahkan orang lain. Tapi yelah, kita ni mana boleh kalau orang pandang kita 'semacam' je. Tak selesa.

Sebenarnya dah biasa dah, dah selalu alami dah. That's why aku suka menyendiri buat hal sendiri. That's why I'm afraid to make many friends. That's why I hate to socialize with society. True story!

And akhir-akhir (dua tiga hari) ni aku mula janggal dengan semua orang. Di dunia realiti, bukan di dunia siber spt Facebook and others.



11.1.11

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, January 11, 2011 | | 8 kiriman komen »

Aku terjumpa pic ni dan aku rasa sangat comel.

Happy birthday Dato' Siti Nurhaliza! Perkara yang saya tak sabar nak dengar adalah..

+ berita Siti timang cahaya mata
+ berita Siti bcadang/melancarkan album Bahasa Inggeris untuk pasaran global

Insya Allah kalau ada rezeki..

Semoga Dato' panjang umur, murah rezeki, cepat-cepat timang cahaya mata, dan bahagia bersama suami dan keluarga tercinta hingga ke alam syurga, insya Allah, amin.

Nota: Kalaulah aku juga ada peminat2 yang berdoa perkara-perkara yang baik seperti ni. Bertuahnya badan bila ada orang sayang :)




Contest: "GiveAway EdY : Awak Busuk!"

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, January 05, 2011 | | 7 kiriman komen »


Salam. Hello readers! ^__^

Anda suka minyak wangi? Aku suka! Dan kebetulan minyak wangi aku dah nak habis so memang excited lah nak cuba nasib dalam contest bro Edy ni hehe. Manalah tahu tiba-tiba dapat ke kan..

So dengan berbesar hatinya aku nak share dengan:

+ Afiq +

+ Hairi +

+ Ijat +

+ Iena +

+ Mas +

Sape-sape nak cuba nasib jugak boleh klik link ni. Kepada yang di-tagged, anda busuk! Haha.


sakit rumah

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, January 02, 2011 | | 14 kiriman komen »

Salam.

Belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Happy New Year 2011 untuk readers yang disayangi sekalian. Sila baca dalam nada yang riang gembira ucapan Happy New Year 2011 tu w'pun nampak macam tak bermaya je ayat tu. Part sayang tu memang betul, tak tipu. Sayang korang semua yang rajin singgah blog ntah apa-apa ni.

Entri ni LIVE dr rumah kedua aku. Puncak Alam. Oh tak sangka hari ni akan tiba. Tak sangka aku kene balik palam. Bukannya aku tak suka palam ni. Bukannya aku tak suka rumah ni. Bukannya aku tak suka belajar kat sini. Bukannya aku tak suka kawan-kawan kat sini. Tapi entah. Homesick kot. Yelah baru sampai. Dah sebulan lebih cuti.

Hari ni Ahad. Cuti sem berakhir hari ni! Esok Isnin, dah start kuliah. Haih mcm manalah hari-hari aku kat sini, utk semester ni. Ah malaslah nak fikir.

Sekarang ni tengah homesick. Baru sampai dah homesick. Ni satu fakta pasal aku, aku memang kaki homesick. Tpulanglah orang nak cakap apa, buat malu mengaku homesick?

Tadi kemas-kemas barang, pegang barang tu teringat peristiwa-peristiwa kat rumah. Pegang barang ni, teringat family kat rumah. Aku kemas, kemas, kemas sambil layan perasaan homesick ni. Then dah siap kemas, duduk, mula mesej beberapa kawan, untuk redakan perasaan. Kebetulan blackout, huh, memang layan lah. Makin menjadi-jadi homesick aku. Ditambah lagi dgn hujan, teringat cmnelah ayah aku drive hujan-hujan tadi. Baju kat belakang dah berangkat ke belum. Biasanya kat rumah aku yang kena angkat. Hmm.

Ada yang cakap aku manja. Ada yang pelik sebab biasanya dah lama sket baru homesick, aku lain, sampai2 sini dah homesick. Ada yg cakap lelaki takleh homesick. Ada yang cakap aku mengada-ngada. Tapi tak kisahlah, aku okey je, pendapat masing-masing kan. Thanx dekat mereka, aku semakin okey, untuk malam ni jelah. Esok bangun pagi konfem 'sakit rumah' balik.

Thanx jugak kat Mas, calling aku. Sebenarnya aku nak calling ramai, nak bagitahu aku homesick. Nak dgr suara dorang. Tapi rupa-rupanya promotion Celcom yang bayar rm2 dapat call mana-mana no Celcom sampai tgh malam tu dah habis. Melepas. Tak sempat merasa promotion tu. Haih. So msg jelah yang mampu.

Waktu taip entri ni tgh layan lagu Kembang Perawan. So kalau bahasa aku mcm serabut sikit, ia adalah kerana entri ditaip sambil dgr lagu ni berulang-ulang dgn volume 50. Aku tengok entri kali ni pon mcm pelik sket. Dah tu gambaran homesick tu tak berapa menyayat hati. Ciss. Sebenarnya nak buat entri sadis tadi.

Oh tadi aku bdoa. Aku mintak kat Tuhan, kekalkan rasa homesick ni, kekalkan rasa rindu yang teramat pada family and rumah ni. Sebab, aku suka perasaan ni. Ia buat aku, lebih ingat pada family. Wpun homesick ni buat kita murung, sedih, takde semangat, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, bangun tidur dlm kesyahduan, mandi blinang air mata (over), pergi kelas seret kaki kepala tunduk ke bawah (lagi over), tapi disebalik semua tu, ia buat aku ingin capai sesuatu, ia buat aku pasang matlamat. Tak kisahlah apa matlamat tu, contoh, matlamat nak balik tiap-tiap minggu? So aku kene siapkan kerja pada masanya,or organize masa betul-betul,or budget duit betul-betul kalau nak balik tiap minggu. Contoh jelah.

Peliklah. Taklah jauh sgt. Kenapa aku homesick ek? Pening kepala fikir.

Dan aku hampir lupa tentang Skype. Hey kalau rindu Skype lah.. takpun calling terus.. Ntah pape. Ntah aku pon pelik.

Apapun aku harap entri kali ni buat korg kenal aku lebih lagi. Ya aku memang kaki homesick. Gelaklah kalau nak gelak.

Aku harap rasa ni kekal. Biar ia terus jadi sebahagian dari diri aku, identiti aku. Bila-bila masa. Tak kira skrg atau di hari tua. Taknak menderhaka pada family and rumah.

Bye.