Brainstewz-Twinkle Away

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, June 27, 2009 | | 7 kiriman komen »


Aku pomote korang sume dengar lagu ni. Lagu ni tak berapa popular..atau mungkin group nih memang tak popular *sebab aku search lagu len mcm tak byk publisiti*




Jauh mindaku melayang,
Terkenangkan dirimu sayang,
Kau pergi ku sendiri,
Kini kau kembali

Terpaku melihat wajahmu,
Wajahmu memelodrama hatiku,
Kau putuskan tuk pergi dulu,
Terganggu siaran radioku

Ku tepis melodi hatiku,
Yang hadir setiap waktu,
Ku benci ilusi darimu,
Kau diam membisu

Jangan biarkan ku sendiri lagi,
Oh kasih dengarlah rayuan ku ini,
Kasihku terhadap dirimu kasihku,
Bintang-bintang di angkasa

Huuu..huuu..huuu..
Huuu..huuu..huuu..
Huuu..huuu..huuu..
Huuu..huuu..huuu..

Tidakkah kau tahu,
Isi hatiku,
Usahlah tinggalkan aku,
Seperti dahulu

Jangan biarkan ku sendiri lagi.
Oh kasih dengarlah rayuan ku ini,
Kasihku terhadap dirimu kasihku,
Twinkle twinkle away..
Twinkle away..
Twinkle away..
Twinkle away..
Twinkle away..
Twinkle away..
Twinkle away..
Twinkle twinkle away..

.....

Dah lama aku dgr adik aku,Syirah dok nyanyi,hurming lagu nih time die kemas-kemas umah..tp baru hari ni aku officially dengar lagu nih dan tahu kewujudan kumpulan ni..
dan aku asyik dengar..dengar..dan dengar..
best r maknanya tuh.
thnX syirah!

dan tadi jugak..
aku pomote lagu nih kat mas..
tibe je die nangez.
alamak,aku nebes..apa aku dah wat.
rupenye dia terharu dgr lagu tuh.
haha..makcik tu memang senang nangez,tu aku cuak.
papepon jangan sedeyh2 haa..sama2lah kita mempomote muzik indie nih!
yeahh!

Boys Before Flower

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, June 24, 2009 | | 14 kiriman komen »





Peace upon you readers..

Wahh akhirnya aku berjaya tengok drama Boys Before Flower sampai habis wakaka. Bukan dalam citer tu je byk dugaan, dalam proses aku nak tengok tu pon banyak dugaan huhu. Sebab apa aku cakap byk dugaan? Sebabnye aku kene pindah2 dari website lain ke website lain nak tgk citer nih huhu. Mybe sebab ni citer baru so byk website under maintenance and so forth..*yelah tu..aku pon tak tahu sebab ape lg yg plg munasabah* Actually citer nih dipomote oleh junior aku, Zinnera..dan bukan dia sorang, website2 tertentu jugak menggoda aku untuk amek tahu ape yg best sgt citer nih huhuhu. Ada sesetengah website rankingkan citer ni di tempat pertama 'mesti tonton'..so bodohkah aku untuk tidak curious why?? Haha. Erk btw gambar2 kayt atas tu cam hampeh ek? Haha..tak jumpe gambar saiz besar lorh...(+_+)

K..sekarang ni aku tengah excited nak komen sikit drama nih..and at the same time mempomote citer ni wat sesiapa yg belum tengok *baru abis tgk,hehe*

Boys Before Flower atau Boys Over Flower *citer yg sama juz tajuk ada 2 version* ni actually Korean version untuk manga + anime + drama Hana Yori Dango from Japan. Kira asalnya citer ni start from manga then diadaptasi jadi anime then seterusnya drama dannnn seterusnya dalam movie version. Haha,itu di Jepun. Citer ni gak ada dalam Taiwanese version iaitu Meteor Garden. Gerenti ramai penah tengok yg versi Taiwan ni,sebab pernah main kat tv kott.. Dan akan datang,versi dari China,dgr2 tajuk dia Meteor Shower.

Tapi apa yg aku nak citer,Korean version lagi best. Ni bukan pendapat aku semata malah aku kuatkan dengan komen2 penggemar2 citer nih yang dah membanding-bandingkan Japan version dengan Korean version. Jadi kepada sesiapa yg belum tengok versi Korea tapi dah penah tengok versi Jepun boleh je tengok,walaupun plot atau jalan citer lebih kurang sama. Nama pon adaptasi.

Secara ringkasnya, ceritanya bermula apabila Geum Jan Di lakonan Koo Hye Soon masuk ke sebuah sekolah elit, Shin Hwa College dan bertemu dengan satu kumpulan yg dikenali sebagai F4 (Flower 4). Kumpulan nih sangat berpengaruh kat sekolah tu dan ketua group tu adalah anak kepada pengasas sekolah tu sendiri iaitu Goo Jun Pyo lakonan Lee Min Ho. Oleh sebab Jan Di ni ada prinsip hidup dan personaliti yg lain dari yg lain,dari hari ke hari dia dapat adapt dengan group F4. Korang akan perasan episod 1 ngn 2 cam boring sikit tapi dah lama2 terus best..esp episod final. Ada 25 episod sumenye exclude 4 clip pendek apa yg terjadi pada semua anggota F4 5 tahun selepas tu.

Ok,selain tu,cerita ni menunjukkan konflik cinta antara Jan Di, Jun Pyo dan Yun Ji Hoo lakonan Kim Hyun Joong yang mana mengikut tilikan seorang penilik nasib, antara dua orang itu, seorang akan jadi future husband Jan Di dan seorang lagi soulmate. Yang menariknya,versi Korea lebih banyak fokus kepada konflik cinta itu maka sebab itu ramai yg berpendapat versi Korea ni lagi best. Honestly aku suka konflik tu dan aku suka term soulmate tu sendiri. Soulmate..sampai sekarang aku kompius apa sebenarnya fungsi seorang soulmate walaupon dah google byk website wakaka!

Next aku nak share pendapat aku tentang plot2 yg sedih. Plot2 yg sedih kebanyakan fokus pada Jan Di, Jun Pyo dan Ji Hoo. 3 orang tu. Antaranya, waktu Jan Di dipulaukan buat kali kedua. Yg kali pertama tak sedih sgt tp yg kali kedua. Part yg dia tercampak dari basikal,dibaling tomato ngn tepung dan disembur pemadam api. Sampai dia takleh bangun dan luka2 sebab tercampak dari basikal tu. Yg wat lagi sedih dia gi cakap cmni "Buatlah lagi..buat lagi! Itu je ke yg korang mampu buat?!" Padahal dia dah lemah dah time tu. Huhu tu part sedih pertama. Second, time mak Jan Di melutut dekat mak Jun Pyo yg memang guna taktik kotor untuk jauhkan anak dia Jun Pyo dari Jan Di dengan menggunakan pengaruh dia dari awal citer sampai 2 episod akhir. Yg wat harunya sebab mak Jan Di amik beras ke garam ntah siram kat diri sendiri mintak tolong maafkan dia dan bagi peluang kedua kat family dia. Bygkan,dia dah melutut..pempuan jahat *mak Jun Pyo* tu tak puas ati.. Sampailah mak Jan Di siram diri sendiri ngn garam sebagai tanda penghinaan yg dia pernah buat kat pempuan jahat tu,baru dia puas ati. Third,time Jan Di lindungi Jun Pyo dari dipukul dengan kerusi oleh salah sorg student yg mana adalah kisah silam tersendiri *kene tgk baru faham*. Jan Di tak boleh berenang lagi lepas tu..yg mana mmg minat dia berenang tu sebab dia masuk sekolah elit tu huhu. Dan bykkkkkk lagi part sedih lah. Kene tgk sendiri.

Untuk lakonan,aku respect gila ngn mak Jun Pyo lakonkan watak pempuan jahat hahaha! Memang org yg tgk akan mencarut-carut sebab geram plus sakit ati tgk kejahatan dia. Sumpah jahat wehh..korg tgk sendiri. Dan aku respect juga watak Jan Di. i wonder wujud ke perempuan yg tabah mcm tu kat dunia ni huhu. I mean of coz la ada tp ntahla...utk watak seorang pelajar yg dtg dari keluarga yg agak susah,bercinta dengan anak org paling berpengaruh kat Korea..dan dugaan2 yg dia terpaksa hadapi..aku rasa takde yg setabah tu huhu. Btw,it's juz an acting kann hahaha.

Utk lagu2 soundtrack...byk gilaa. Ada lebih kurang 20 lagu tak termasuk versi instrumental..tapi yg aku nak pomote:
1. Because I'm Stupid - SS501
2. Stand by Me - SHINee
3. Paradise - T-Max
4. Lucky - Ashily

Dah..kalau ada masa tengoklah. Aku rasa tak lama lagi kuar r tu kat 8tv,kui3..

Dari 10 bintang aku kasi 8 bintang..hehehe. Sekian.

Rejab

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, June 24, 2009 | | 8 kiriman komen »

Hari ni 1 Rejab 1430H.

Rejab = bulan Allah.

Jadi sesiapa nak pahala lebih bolehlah berpuasa di bulan rejab ni. Fadhilat berpuasa di bulan Rejab ini antaranya:

>>Jika kita puasa sehari pon kita dikatakan mendapat syurga tertinggi iaitu Jannatul Firdaus.

>>Kalau dua hari,akan dilipatgandakan pahala.

>>7 hari,akan ditutup ketujuh-tujuh pintu neraka bagi org itu dan 8 hari,akan dibuka 8 pintu syurga untuknya.

>>Dan lain-lain. Setiap hari ada fadhilat tersendiri. Google sendiri hahaha! *idea malas balqis*

Habis.

Janji itu dan ini..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, June 22, 2009 | | 12 kiriman komen »


Biasalah,bila bercakap bab berjanji ni satu je masalah yg selalu kita dgr. Sempurna atau tak janji tu. Dalam erti kata lain,org yg berjanji tu tepati tak janji dia.

Dalam Islam,orang yg tidak menepati janji diumpamakan sebagai org yg munafik. Erk,termasuk bab agama plak..maaf ye tapi sebagai org Islam apa2 yg kita buat mesti relate ngn agama betul tak? Rilex la aku bukan baik sgt ponn..ni ada peluang nak relate so aku relate sikit2. Kalau salah tolong tunjukkan..^______________________^"

Berbalik pada tajuk post..aku bukan nak cerita pasal aku tak puas hati org janji aku mcmni mcmtu or menyampah facing problem janji tak tepati ni tp apa yg aku nak citer hal len. Aku nak cerita janji yg aku buat dan aku putuskan kene settlekan before balik kampus.

Sepanjang cuti ni byk bende aku plan.. Plan itu berbentuk janji pada diri sendiri dan juga janji kepada org lain. Sebab apa plan leh bertukar jadi janji?? Entah..tapi selalunya mcmtu..mungkin sebab ada unsur tekad dan iltizam kott *tak faham aokkan jak/anggukkan saja* Antara janji2 itu.. **PERINGATAN: POST NI PANJANG SIKIT**


Janji nak practice bawak kereta..


Aku janji cuti sekolah rituh,tapi ni dah nak abis cuti sem dah. Janji yg hanya tinggal janji. Actually aku adalah seorang budak yg malas nak bawak kereta even dah ada lesen. Bukan faktor malas semata tp mungkin gak sebab fobia. Fobia cium bumper kete orang dan kene byr beratus pulakk. Jadinya,lesen tu hiasan je selama nih. Motor je aku bawak. Tu pon untuk bersiar-siar dan pergi solat Jumaat sahaja haha. Jadi asas2 penting untuk memandu kereta manual,aku sudah lupa lah *style Arab sikit,kui3*

Bygkan sejak beberapa hari sebelum aku terbang ke Sarawak (akhir Jun 2007) *aku dpt lesen kete beberapa hari before masuk U* sampailah detik aku menaip post ini aku langsung tak pegang stereng kereta,bwk kereta haha! Sekali je dalam tempoh hampir 2 tahun tu aku bawak kereta *bermula 30hb Jun ni genap 2 tahun* Tu pon auto. Auto senang...so tak dikira. But still,kat umah tak bwk pon kete auto yg ada. Parents selalu bising. Hanya aku yg tahu ttg fobia itu,dan kwn2 yg terlibat. Semua tu di Sarawak.

Janji nak belajar memasak.. *preparation sebab naik sem ni praktikal setahun*

Baru tadi aku try masak nasik goreng. Adik aku kata sedap. Ada plak suara sumbang yg cakap kering..ada yg cakap kurang masin. Haha. Takpe. Baru nasik goreng.. Tapi bangga gak r sebab satu menu dah berjaya. Nak try beberapa menu lagi. Mati r kalau asyik makan nasik goreng je kat sana t haha. Kene belaja cuci ikan..mesin cili..agak minyak..tips2 masak n bla3. Macamlah sempat.

Janji nak belanja angah kat baskin robin sempena burfday dia..


Aku rasa weekend nih dapat kott..weekend terakhir aku disini.


Janji nak bagi apa je yg Syirah suka.. *sebab dia teka pointer aku baru nih dgn tepatnya*

Tahniah r sebab dia teka betul. Takziah pulak kat aku sebab nak kene belanje,dah janji..huhu. Bertambah takziah sebab aku tak sampai ati belanje sorang je. Jadi tahniah juga kepada adik2 yg lain,dapat tumpang gembira Syirah tuuu. *kempis dompet aku*

Janji nak bersenam tiap2 petang especially weekend *gara-gara duk umah asyik makan,makan dan makan je*

Wakaka. This is me. Bila cuti aku memang akan makan sampai tak ingat dunia. Tak pedulik dah pasal muat ke tidak pakai seluar/baju nanti,orang kutuk ke *erk?* or watsoever la. Ntah,aku kekadang pelik gak nape aku cmtu. Pastu bila cuti nak abis aku akan paling kurang kawal balik makan. Kalau rajin bersenam petang2 *buang lemak2 yg dipelihara spjg cuti,kui3* Tapi selaunya malas dah nak joging ke ape ke sebab...malas r,haha.

Tapi I think kene jugak coz tak semestinya berat turun disebabkan kawal makan tu akan kurangkan kolestrol dalam badan n bnde2 yg berkaitan ngn kesihatan tubuh badan r. Ayah aku selalu cakap
"Kau kurus2 tapi kene gak joging petang2...kolestrol dalam bdn kita bukan ukur pakai berat badan atau kurus ke gemuk ke.." Aku akan dgr tiap kali ayah aku ajak joging dan aku malas nak ikut,haha. Tgk,betapa malasnya aku dicuti yg berbahagia ini,wakaka. So,joging mulai hari niiiii!!

Janji nak improve English cuti nih..nak belajar dari basis laa..nak baca novel yg bahasa dia bapak susah nak faham laaa..


Harammmmm..baru baca 2,3 page dah malas..kui3. Ada satu hari tu family aku ajak gi perpustakaan negeri. Aku malas nak ikut tapi aku suh adik aku pinjam satu dua novel BM and BI. Last2 yg BM aku baca..yg BI aku malas nak baca. Novel CSI ngn ape ntah lagi satu. Dah tiap kali baca nak kene cek kamus,penat aku huhu. English aku agak lemah. Aku nak improve sebab aku kagum dgn org2 yg boleh speak in English very well,very fluent n bla3. Ntah,aku kagum. Aku harap sumday aku jadik cmtu. Aku pernah gak terfikir nak ada awek yg terer in English supaya dia dapat ajar aku..bantu aku kejar impian yg satu itu. Hehe,insya Allah. Bercakap pasal improve ni,salah satu sebab adalah aku nak amek balik Muet aku lorh. Walaupon result lom kuar tp I'm pretty sure result tu sgt teruk,huhu.

Janji nak berubah taknak 'tettttttttt' lagi
*huh,lagi haram*


No komen. Bende nih dari aku sekolah menengah lagi. Bukan apebende ponn huhu. Jgn piker bukan2 lak. Kepada mereka yg tahu,senyap! Huhu (+_+)~

Janji nak email lecturer pasal masalah praktikal
*senang je kott..tp malas r..cam nape aku plak yg lorat2 complaint itu ini huhu*


Janji nak pegi beli barang2 keperluan before balik Sarawak dalam minggu ni,baju dgn warna tertentu,brg2 asas aku,kasut,shirt,bla3..
*hopefully weekend nih settle*

Semuaaaaaa itu..belum disempurnakan lagi. Dengan rasminya aku menghukum diri aku untuk sempurnakan at least separuh dari list itu. Mungkin jugak ada yg aku lupa senaraikan. Bende macam belanje2 itu sgt perlu ditepati sebab bila lagi nak tunggu. Setahun maa praktikal. Raya je balik,wakaka! *gembira sebab dah beli tiket dah,dapat balik ke tak nanti baru runding ngn supervisor aku,hehehe.*

Bersenam itu juga penting,haha. Muka dah bulat jadi kene kasi cengkung sikit,kui3. Berat pon kene back to normal *macamlah sempat*


Haihhhhhh~ semoga aku sempat wat semua ni. Inilah akibatnya suka wat keje last minute.

Habis dah.

Tag kelakar from Indonesia

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, June 19, 2009 | | 6 kiriman komen »


Haha..tajuk post nak gempak. Actually tag ni dari Balqis. Dia kan belajar kat Indonesia *pomote student luar negara jap wakaka!* Bangga plak ada kawan study kat Indon hehe. Erk,tapi tak tahulah kalau betul asal tag ni dari Indonesia. Haha. Kalau itu hakikatnya maka kebetulan disitu..kui3. Apepun,aku memang nak lain dari yg lain *merujuk kepada tajuk post itu*

Sebab apa aku kata kelakar? Sebab memang kelakar. Makin kebawah makin pelik dan buruk bebeno bunyi nama2 itu,haha. Tak caya..check it ou
t!


::YOUR REAL NAME::
Haris Taquiddin b. Ab. Kahar

::WITNESS PROTECTION NAME::
(mother and fathers name)
Hanezah Ab. Kahar

::NASCAR NAME::
(first name of your mother's dad, father's dad)
Abdullah Mohd

::STAR WARS NAME::
(the first 3 letters of your last name, first 2 letters of your first name)
Taqha

::DETECTIVE NAME::
(favorite color, favorite animal)
Black hamster

::SOAP OPERA NAME::
(middle name, town where you were born)
Taquiddin Klang

::SUPERHERO NAME::
(2nd fav color, fav drink, add "THE" to the beginning)
The White Milo Nestum Ice

::FLY NAME::
(first 2 letters of 1st name, last 2 letters of your last name)
Hain

::ROCK STAR NAME::
(pets name, current street name)
Orange Jalan Ampang Empat

::PORN NAME::
(1st pet, street you grew up on)
Anonymous 503/7

::YOUR GANGSTA NAME::
(first 3 letters of real name plus "izzle")
Harizzle

::YOUR GOTH NAME::
(black, and the name of one of your pets)
Black Orange

::STRIPPER NAME::
(name of your fav perfume, fav choc)
Eternity Men Kinder Bueno

::WIZARD'S NAME::
(last 3 letters of mother's name, first 3 letters of current job, first 3 letters of your zodiac sign and last 3 letters of home street's name)
Zahstupiepat

::PIRATE'S NAME::
(fav actor last name, your 'pet' name, fav actress last name, add "Captain" at the beginning)
Captain Hirsch Orange Hee

Kalau korang tanya aku byk2 nama pelik tu yg mana aku suka,aku akan pilih superhero name. Macam ironi sikit nama tu. White tapi black,cmne tuh?? Haha..
Porn name..wakakaka..bajet mahal r letak nama cmtu haha! Ala2 misteri kunun2nya. Nape nama 1st pet anonymous? Sebab aku sendiri tak letak nama. Dan sempat bela sehari atau dua hari jek..dia cabut lari ke habitat asal. Seekor arnab putih yg aku jumpe kat hutan atas bukit kaw perumahan aku *before ada development kat utan tuh la..skunk ni dah jadik sekolah dah huhu*
Lain2..kalau nak tanya boleh aje di ruangan komen.

End.

Birthday ayah..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, June 18, 2009 | | 8 kiriman komen »

Salam.

Semalam birthday ayah aku. So kami satu family cadang nak celebrate kat umah pas Maghrib. Tapi maybe bcoz of ibu and adik2 aku petang baru balik dari sekolah,kesian kat ibu aku and adik2 aku tu nak kene prepare makan ape sumer so ayah aku ajak ktorg makan luar. So tak jadilah ibu aku masak. Hehe. Kek yg dibeli tu aku cadang bawak jek gi kedai tu sekali..dah alang2 nak makan. Tapi ibu aku cakap takyah. Haha..tawww saje jek usik ibu aku tu..

Ktorg makan kat Restoran Geylang Kopitiam kat Taipan,Subang Jaya. Aku 1st time datang Taipan..berbanding dorang sumer,huhu. So,makanan kat restoran tu..bolehlaaaa. Aku xtaw nak cakap cmne..ader yg sedap,ader yg biasa2 je.. Contoh yg biasa2 tu Nasi Ayam Penyet dia..ngn Soto Ayam dia. O lupe nak cakap..lebih 90% makanan kat situ ala-ala Singopore so suppose Soto Ayam and segala makanan yg lain tu ada rase2 Singapore,tp tak. Tu sebab aku cakap macam biasa. Dan tetibe jek ada Nasi Ayam Penyet..kalau tak silap aku menu tu asalnya dari Indonesia dong~ Hmmm..tentang Nasi Ayam Penyet tu..biasa jahh~ Tak sama macam yg aku biasa makan kat sekitar Kuching atau Satok. Tak sedap seperti disana.. *itu melalui perbandingan yg aku wat antara 3 buah restoran yg aku penah pegi untuk makan menu tu laaa*. Bukan apa,hasrat aku utnuk memperkenalkan menu tu kat Syirah (adik aku yg 2nd) terluput cmtu jek bila tgk lain macam jek Nasi Ayam Penyet restoran tu. Macam nasi ayam biasa. Takpe,len kali aku bawak dia makan yg betul2 nye...

Actually bukan pasal makanan yg aku nak citer..kalau nak citer pasal makanan mungkin bila aku ada masa lagi bolehlah introduce makanan2 from Singapore macam Sup Tulang Ketuk, Kacang Phool,Rojak Singapora,Lontong Goreng,and macam2 lagi laa. Nenek ngn atuk aku belah ibu org Singapore jeee..*tapi sekarang dah jadi warganegara Malaysia*. Tapi apa yg aku nak citer adalah berkenaan hadiah utk ayah aku.

Ktorg adik-beradik tak beli apa-apa hadiah ponn. Before tarikh keramat kelahiran ayah aku semalam ada ktorg plan nak beli sumtink. Tapi setelah berbincang ngn ibu aku,ktorg cancel je. Ibu aku cakap "Tak payahlah beli2 hadiah. Ibu pon tak belikan ayah hadiah.." Ibu aku cakap lagi..ayah aku nih cerewet sikit. Dia ada warna2 tertentu je yg dia suka..material2 tertentu je..bende2 tertentu je dia suka. Susah..kang takut dah beli kang tak leh guna ke..contoh kalau salah pilih saiz ke,takpon bende tu ayah aku tak perlukan ke..

Masa tengah makan semalam,ayah aku cakap camni.."Ayah nak korang semua dgr cakap ayah dan belajar rajin2,tu je ayah mintak sebagai hadiah harijadi ayah" Hah,aku dah agak dah..pastu mulalah ayah aku letakkan target kat anak2 dia. Yg masih sekolah ayah aku suruh dorang dapatkan nombor 5 keatas setiap kali peperiksaan. Sempatlah aku berlagak cakap aku time sekolah rendah dulu selalu dapat. Bukan pe,geram ngn adik aku yg last tuh..dia tak caya aku ni pandai,wakakaka! Aku cakap kat ibu aku "Ibu,mana report card along time sekolah rendah dulu? Kasi adik tgk..baru termotivate.." Hahaha! Pastu sebok Angah plak nyampok,mentang2 dia lagi pandai dari aku..grrr.. Hehe. K stop pasal dapat nombor 5 keatas tu. Citer pasal aku lak. Ayah aku suh aku dapatkan 4 flat sem akan datang. Aku terus.."Wahh..tak boleh2..(sambil gelak2)" Ayah aku tanya apasal tak boleh pulak. Aku cakaplah kos aku ni bukan senang nak dapat pointer tinggi2..pastu 4 flat lak tu..adoiii aku dahlah malas,abeh nak dapat 4 flat? Tak dapat,tak dapat..huhuhu. Nak dapat 3.5 pon terkemut-kemut huhuhu. Tambah plak setahun ni nanti aku praktikal. Aku bab2 praktikal nih lemah sikit. Kalau aku hebat sekalipon *kalau ditakdirkan laa*,tak mungkin aku leh dapat 4 flat. Sebab..praktikal lah.

"Mengekalkan mutu lebih payah daripada mencipta peningkatan"

Haa tu merujuk kepada kes aku la. Bagi aku,aku akan cuba. Memang tu keje aku. Cuba,cuba dan cuba. Tapi dalam proses aku mencuba tu taklah aku cakap aku betul2 komited and gigih gila..sumtimes aku ni malas..sumtimes aku ni leka.. Tapi memang apa yang aku perasan,aku memang akan cuba. Lagi-lagi kalau orang dah letak kepercayaan kat atas pundak aku. Lagi-lagi orang itu adalah parents aku.

Neway,balik makan semalam sambung makan dirumah plak. Potong kek. Haha,yg lawaknye ibu aku tak perasan pernah beli kek perisa yg sama dan untuk harijadi ayah aku jugak. Wakaka! Kedai pon sama..cuma alamat kedai berbeza,kalau tak silap. Takpelahh hehehe..yg penting sedap. Ktorg nyanyi lagu birthday and ucap Selamat Hari Bapa ramai2. Then bergambar. Tapi sorilah..takleh upload gambar sebab dorang dah bukak tudung daaa..aurat2. Hehe.

Nak wish lagi sekali,Selamat Hari Jadi Ayah! Dan Selamat Hari Bapa *sambutan hari bapa 21hb snanye* Alaaa..bukan sambutan yg penting,tapi penghayatan ye kanak2..^^

End.

Sticker kuning: Tahniah wat pasukan UiTM..dapat pegang piala pusingan Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional setelah menang 3/5 kali berturut-turut.Tahniah wat kontijen campuran yg terdiri daripada Abg Bonsai,Kak K,Kak Mas and Rayme.

Sticker kuning: Gud luck wat pasukan debat UiTM untuk Pertandingan Debat Kepenggunaan (FOMCA).

Sticker merah: Byknye nyamuk kebelakangan niiiiii...dah spray tapi tak mati2. Siot3! *tgh tepuk amai2 ni,tp tak gembira ponn grrr..*

tentang puisi..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, June 16, 2009 | | 2 kiriman komen »

Assalamualaikum..

Lately aku terase bosan. Bosan gilaaa!! Hari-hari online tapi tak tahu dah nak watpe..blur,huhu. Sekarang sedang giat mendownload cerita yg insya Allah dalam masa terdekat ni habis ditengok dan bolehlah aku wat sikit komen.

Tak tahu nak tulis ape ni. Tapi aku nak jugak tulis.

Fikir jap.

Ok. Satu perkara yg aku nak share. Tentang puisi. Aku kadang-kadang menulis puisi..kadang-kadang jelah. Tak banyak ponn. Aku karang puisi tu bila idea datang je,dan idea selalu datang bila aku tgh frust,sedih,moody or mood2 negatif yg lain la hehehe.

So,semester lepas adalah buat pertama dan kedua kalinya laptop aku diformat. Tak pernah2 sebelum ni laptop aku wat hal sampai takleh bukak segala bagai. Memule ade r laptop aku menunjukan simptom2 dier diserang virus yg sgt kuat..lagging la,hang la,kelip2 la,kuar bende2 cam pop out ntah pape la..tapi aku yg buta IT nih mane r tahu. Tahu2 dah takleh nak bukak langsung. Ha,amek.. Huhu. So,tak sempatlah aku nak backup local disk C aku. *masa tu tak tahu ponn kene backup2 ni* Jadi segala bende yg ada dalam C aku tak dapat diselamatkan. Maka tamatlah riwayat beberapa puisi aku dalam tu huhuhu. Bukan takat puisi jek..pics,assgns,lecture notes,maklumat2 related to debate and assgns sume abis. Masa tu agak bengang r.. Dahlah lg sehari kalau tak silap ada tournament (ASTAR). Maklumat debat yg aku save abis ilang. Nak gune ape debat t? Assgns lak..xkan nak wat balik?? Adoii..

Tapi yg paling aku bengang..puisi aku ilang. Huhuhu. Aku asyik mengomel-ngomel pasal puisi tu. Jadi nampak disitu ye kanak-kanak semua...dalam byk2 brg yg ilang aku paling sayang puisi aku. Sebab.. Mungkin sebab bende tu bukan senang nak wat. Lagi,byk kenangan disebalik puisi tu.

Semalam,tiba-tiba aku teringat puisi2 aku tu. Puisi yg paling aku suka..aku sendiri lupa tajuk dia. Kalau tak silap..tajuknya : Satu Cipta Untukku. Hehe..ada macam bunyi tajuk lagu Ungu-Tercipta Untukku tak? Dah lama lepas tu baru aku perasan tajuk tu hampir sama. Puisi ni tentang aku dan org yg bakal jadi teman idup aku. Aku pernah publish dekat fs and terima byk jgk komen.. Sampai ada yg mintak buat puisi khas untuk dia. But seriously puisi tu paling sedap kott yg pernah aku wat.. Kalaulah ada yg copy dari fs aku.. Haih~

Puisi lain yg aku suka.. Dosa semalam. Haa yg tu ada unsur keagamaan sikit. Aku wat time aku ngah emo. Hehe.

Tapi semua tinggal kenangan. Yg ada cuma puisi2 lama aku zaman sekolah menengah dulu. Dan tahun 2009 ni rasenya aku tak produce lagi ape2 puisi. Takde masa. Ada 1,2 yg masih terbengkalai..tp tu puisi utk ganti lirik lagu sebuah cerita korea yg sampai skunk aku tak berpeluang tgk. Haha. Tak tahulah bila nak siap. Padahal sikit je lagi. Biasalah aku..suke lengah2kan masa.

Kalaulah aku jumpe balik puisi2 tu.. Aku cam terfikir mesti ader peluang nak jumpe balik..tp celah mane nak jumpe.. Adeyhh.. Yg aku penah publish kat fs tu...rase mcm ader je insan yg copy tp tak tahulah.. Serius kalau aku jumpe aku rase cam aku dapat nyawa kedua aku.

Tiba-tiba aku teringat ibu aku pernah cakap yg memang dr kecik aku suka tulis bende2 macam luahan rasa ni atas kertas dan akan biarkan mcmtu je. Aku tak pernah tahu bende tu. Bila aku dapat tahu aku macam tak terkejut gak. So no wonder aku ada bakat ni,haha!

Lagipon..aku suka baca puisi. Hehe.

So kalau agak2 aku ada post bende2 yg puitis tu tak perlu kot nak terkejut beruk..terkejut hamster sudeyhhh *erk? haha..* Ada satu..post Nafsu vs Akal..tp tu cam luahan rasa..but still,puitis sikit,kot.

Habis.

Tenkiu semua..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, June 12, 2009 | , , | 17 kiriman komen »


Ya Allahhhh! *sila baca dalam nada yg sangat terkejut*

Tulah kalimah pertama yg aku sebut bila tgk result semalam. Sgt..sgt..tak sangka..hahaha! Aku gembira!! Seb bek aku sebut Ya Allah..huhu. Nampaklah yg aku nih bersyukur,wakaka! *astaga..maaf ye..pada dasarnya sy ikhlas*

Erk..tapi before result kuar macam2 bende lawak yg berlaku hehe. Antaranya..disebabkan ura-ura mengatakan result kuar 11hb maka berduyun-duyunlah student uitm start cek result dr kul 12.01 malam, termasuklah aku,haha! Ye r..leceh r simpan lelame..penat..penat meneveskan diri. Aleh-aleh takpat cek. So aku tunggu paginye plak. Pagi dalam kul 11 kot aku cek. Punnn cam taik. 3 kali aku bukak tutup portal UiTM nak cek resultnyer pasal. Takpat gak cek. Sebabkan aku dah bengang..aku dengan kejamnye post shoutout kat YM ngn Fb : "Portal UiTM adalah portal yg paling teruk di alam semesta,wakakaka!" Hahahaha! Puas ati aku!

Lepas aku post shoutout tuh mmg aku dah malas dah nak piker pasal result. "Lantakkan kau r nak kuar bila..serik2!" Huhuhu..sampai cmtuh sekali kekesalan aku.

Then yg paling lawak adalah di Fb. Macam2 ragam aku tgk.. Fb aku ramai budak2 UiTM.. So ada yg kat wall dier full gile pasal result..; bila waktu sebenar kuar r..neves r..kecewa ngn admin UiTM la..merajuk la..haha! Ader plak yg memang wat dek jek..layan kuiz jek memanjang pastu merapu-rapu sebab dah biol tunggu result,haha! Aku yg dah xkesah nih asyik nyebok kat wall org jek..kacau2 org hehehe.

So result officially kuar kul 5.30ptg ..rupenye ader meeting Senat before tu.. Cam taik tak perangai? Haha..buang masa aku jek bukak portal tuh sebelum2 tuh. Len kali gtaw r awal2,sengal~ *dah marah sgt* Bila tahu tu aku tak excited dah..aku delay, cakap ngn budak2 len aku malas nak tgk skunk, nak tggu malam skit. Balas dendam. Tak tahu nape wat cmtu lagi puas ati,kui3~

So kul 9 malam aku cek dannnn..... seriously aku terkejut gila. K time nk tgk tuh takpat nak pakai sistem..kene tgk ikut mini transcript. Tak tahu sebab pe..aku follow jek..dah tu yg dorg suh,haha! *blur disitu* So kalau tgk ikut mini transcript tu aku mcm kene scroll down..tgk result dr part 1..part 2..part 3..n baru dapat tgk result aku sem nih. So aku cam scroll pelan-pelan..cuak.. Sempat gak aku muhasabah diri tgk result lelame huhuhu..aku leh nampak yg result sem 1 hancus disebabkan ada C+.. Sem 2 pun cmtu..meningkat dgn byknye,tp tetibe terserempak lak ngn gred C+..malang.. Sem 3 merosot sikit..betul2 sikit..ponnn disebabkan ader C+..siot tol..padahal berlambak A.. So..sem 4..aku scroll 1..1..1..sampai cukup sumer 9 subjek. Yes!! Takde C dah!! Yippi! Hahaha. Dan...terkejut gak r byk gile A..sedangkan time exam cam harammmm,huhuhu. Ntah,rezeki r tu..huhu. Alhamdulillah..cgpa aku naik seperti yg aku impikan :) tak sangka rezeki aku sem ni..

So pas gtaw ibu aku result tu..aku baru kecoh2 kat frens len. Bukan kecoh pepon..saje nak gune ayat kecoh tuh,kasi gempak sket,hehe. Bukan aku yg kecoh..dorang yg kecoh ade r,haha! Aku lom cek dorang dah congratz dah..sengal~ Mesti nye ader yg cek result aku secara haram..dah biasa sgt dah..popular r katekan hahahaha! *abaikan statement x betul tuh yepp* O..aku mmg akan gtaw ngn parents dulu kalau dapat result..so kepada mereka yg aku suh tggu kejap tuh harap faham ek. Memang tu yg aku wat. Papepun kene gtaw parents dulu,berkat.

Penat gile layan Ym and msg semalam..betul penat..tidur kul 3 lebih plak..bygkan..dari kul 10-11 cmtu. Sampaikan aku tpkse tutup Ym awal,huhu.. Tutup Ym datang plak msg2 kt hp aku,haha! Neway aku reply sumer org..bukan selalu ponn bende cmni happen rite? Hehe.

So,kat sini aku nak congratz kat sumer coursemate aku..tak kire berapa pon pointer korang,yg penting kita dah usaha. Dan bende nih dah lepas pon. Redha je. Even aku ponn ade bnde tak puas ati gak...tp kene rasional r pas dah mengomel-ngomel kate tak puas ati tu....cz bnde dah termaktub dah, takleh nak ubah. Also thnX kepada semua yg concern..I appreciate that. Kepada mereka yg byk bg sokongan time aku down before final..*ingat lagi post 'Kosong?'* thnX. Kepada mereka yg byk share maklumat time final,disebabkan aku takde notes and tak dapat nak surf tenet utk carik maklumat tu sendiri..thnX jgk. Kepada mereka yg say gud luck every time aku nak masuk dewan peksa..thnX too. Aku betul2 ikhlas ni..kire sedar ataupon tak,korg dah bntu aku. Kejayaan ni utk sume. Wahhh..cam ucapan menang anugerah lak,wakakaka!

K la..wat akhirnye..ade sikit pic..nak share..

Nih before nak gi semayang jumaat td..present dari ayah aku,haha! Nape cepat sgt dapat erk? Sebab aku tahu ayah aku dah lame beli.. Aku tgk tagged harga from epot Langkawi..ayah aku last gi Langkawi before aku exam lg..bulan 4 cmtu. N tadi dier baru balik outstation dari Miri..so kire dah lama dah beli. Ya,perfume. Ori nye kay.. Pastu dapat sample2 n free gift lg..haha..untung2. ThnX ayah^^. Dari sem 2 aku tggu tp dapat bnde len. Sem lepas..dapat gnti spec aku. Yg aku pakai tulah.. Mahal plak...serius mahal..sian ayah aku,huhuhu. Brg kedua mahal yg ade kat tubuh aku. Yg plg mahal?? Ade r~~ Lalala~

Nampak x seri wajah aku tuh?? Wakaka.. Again..thnX kat sume n congratz!

End.

p/s : game yg aku wat utk adik2 aku tuh kene wat balik n adik aku yg 2nd teka betul. So dierlah dapat habuan sekali :p

p/s lagi : tahniah kepada semua dean list batch 1, 2 and 3. azi, nana, benet and bob..U're rock!

p/s lagi : aku nak mintak mahap kalau ader salah faham pasal result masing2..kompius r! byk sgt mulut..

Bersama menanti..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, June 10, 2009 | , | 7 kiriman komen »



Akhirnya, setelah beberapa minggu menunggu..esok mungkin result akan kuar. Itu yg heboh diperkatakan..11 Mei result utk pelajar UiTM peringkat Diploma dan Ijazah akan diumumkan. Tapi tadi aku bukak portal UiTM pengumuman tu takde pon. Ditarik balik ke atau memang tak penah ader such announcement tu ek? Haha. Nampak sangat aku tak care pasal result aku,kui3~


Well, honestly aku tak neves sgt. Cuma harap pointer aku tak jauh beza dari sem lepas. Kalau boleh nak jadik top 3..haha! *selama nih top 2 tapi macam susah jek sem ni so turunkan target* Huhuhu kalau ditakdirkan tak dapat jadik top 3 biarlah jarak pointer aku ngn kanak2 yg paling highest tu tak jauh beza,kalau tak malu beb..


O dan lagi satu harapan aku.. Harapan yg aku panjangkan selepas gagal dipenuhi oleh result semester sebelum nih. Taknak ada C+ and below. Selama 3 sem ni mesti ader 1. Terus tarik pointer aku jadik rendah. So harap2 sem ni takde sekutu2 C dah. Serik. So, dua tu jelah target aku. Nak target 3.50 and above tak berani plak. Cam tak konfiden jek leh dapat. Memang rezeki r kalau dapat, lagi..erk? Nampak disitu~ Haha!

Disebabkan esok baru kuar result itu maka seperti sem yg lepas aku adakan satu game nih. Erk..aku tak pasti kategori game yg aku wat nih tp it's kind of bet or taruhan r..or deal ke..ntah I dunno either ape sebenarnye bndealah ni,aku juz..buat. Actually stat dr sem lepas. Utk mengurangkan kebosanan menunggu result tu maka timbullah idea bernas ni *puji diri sendiri*. Memule aku akan target bape pointer aku utk semester tu. Then tulis atas kertas. Next,aku suh 4 org adik aku teka bape pointer yg aku akan dapat. Pilih 2 ke..3 ke..dari list pointer yg aku dah tulis. Bukan tu jek,sape yg betul ada ganjaran. Aku tetapkan bajet dan suh dorg tulis ape je yg dorg nak dalam range budget tersebut.

So sem ni..aku letak range pointer yg bakal aku dapat dari 3.45 to 3.60 *haha,berangan dapat tinggi*. So aku arahkan, cehh arahkan..kire cmtulah..aku suruh dorang pilih 2 dari pointers list tu.

Berikut adalah pointer2 yg mereka predict aku akan dapat:


+ Adik aku yg 1st (SPM taun ni) : 3.49 and 3.52

+ Adik aku yg 2nd (Ting. 1) : 3.54 and 3.57
+ Adik aku yg 3rd (Next yr UPSR) : 3.48 and 3.50

+ Adik aku yg last (Darjah 1 *dier tak faham game nih tp aku suh pilih gak*) : 3.51 and 3.55


Reward : makanan hehe. Budget Rm10 je.. Takleh lebeh2 sem ni aku pokai,wakaka!


Jap, aku tulis balik pointer2 yg dorang pilih tu ikut turutan..3.48, 3.49, 3.50, 3.51, 3.52, 3.54, 3.55 and 3.57. Target aku sendiri..3.50. Sama ngn adik aku yg 3rd.
So tunggu jelah cmne..kalau sem lepas adik aku yg last teke betul so rezeki dier aku belanje McD. Bukan aku kebudak-budakan.. Aku juz nak kongsi kegembiraan tu dgn adik2 aku. N mcm yg aku cakap tadi, bila aku wat cmni beban aku cam kurang sket..sebab dorg pon t'tunggu2 gak sapelah yg betul..bapelah pointer yg aku dapat t,hehehehe. Lagipun tu je cara aku nak belanje dorg. Dorg mungkin tak tahu..tp yg kalah aku akan blnje gak,tp cikai2 r. Sian plak sorg jek dapat. Haha!

Tadi aku terpiker..nih judi ke? Kalau judi haram.. Tapi hati aku kuat kate nih bukan judi..it's juz a game. Macam lucky draw lar..bukan dorang byr pon time betting. So,abaikan. Bende ni halal insya Allah. Aku siap suh dorg jadikan game ni tradisi family lagi,hahaha! Merepek je aku,haha!

K~ tu jek citer berkaitan result. Sekian.

nafsu vs akal

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, June 10, 2009 | | 7 kiriman komen »



Bila nafsu mengepalai akal..

Aku tak dapat lelapkan mata fikir bende ni. Aku rase dalam banyak-banyak dilema,inilah yang paling mencabar.

Aku banyak berubah.

Berubah kepada sesuatu yg aku sendiri mulai keliru baik buruknya.

Perubahan ni aku tak tahu dari mana asal usulnya yg sebenar. Situasi mana yg aku perlu rujuk. Kadang-kadang aku menjuri situasi tertentu. Tak pernah tamat. Mahkamah ditangguhkan.

Nafsu. Jarang perkara yg baik dipujuk nafsu. Selalunya..jahat dan gelap.

Akal. Selalu amat akal tewas pada monopoli kuasa nafsu. Dalam konteks harian aku,aku boleh dikira gagal. Aku sendiri yg tentukan lulus dan gagal tu. Maka,aku gagal.

Haih..sejak akhir-akhir ni aku jadi munafik. Tak. Dari dulu. Munafik dalam bab tertentu. Menipu mata semua akan hakikat diri aku sebenar. Munafik satu perkara biasa bagi aku. Tapi bukan dalam Islam. Ia satu dosa. Maka,aku berdosa.

Aku sedar aku berdosa. Tapi aku sebenarnya belum betul-betul sedar. Haha. Tergelak dengan kebodohan sendiri.

Aku selalu fikir aku perlu bimbingan. Laa..aku dah pun dibimbing. Nak bimbingan mcmna lagi?!

Rahsia. Adakah aku perlu terus berahsia utk berubah? Atau buka saja pekung di dada? Huh,aku dah pun bermain dengan dua metod tu. Sama je.

Kadang-kadang aku anggap ini ujian. Dugaan. Tapi logik sama ada benar ini dugaan atau aku je yg tak pernah endah akan hal dosa dan pahala terus membelenggu. Merantai ketenteraman. Dosa pahala pun aku perkecilkan. Hati batukah aku?

Bukan aku tak nak ubah. Cuma aku selalu..tersungkur. Nafsu seperti sudah mempunyai jalinan mesra dengan setiap anggota tubuhku. Menawan anggota mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan perut aku dengan ganjaran kepuasan dan nilai yg tak tergambarkan. Sehingga fungsi akal tersisih.

Aku tak dapat fikir lagi.

Buntu. Bukan sekali tapi berkali-kali aku fikir. Sejak aku sedar aku hidap masalah ni.

Aku tak nak berharap. Semua harapan itu dah bertimbun aku longgokkan. Cuma belum jadi realiti.

*****

p/s: abaikan yg tersirat disebalik tersurat. sekadar berkongsi masalah peribadi.

Wonder Girls-Nobody

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, June 08, 2009 | , | 20 kiriman komen »



I want nobody, nobody but you~ (clap2)

I want nobody, nobody but you~ (clap2)

*****

Hehe.

Dengan gembiranya melayan lagu nih..yg dari version Korea sampailah version English..dari version Wonder Girls sampailah ntah version sesape ntah. Version akustik dari seorang lelaki yg aku tak kenal pon sedap gak. Pasni nak dengar lagi dan memorize,kui3~

Video clip : Cute dance. Synchronize. Senang nak follow the steps. I like that.

Kalaulah ada yg menyanyikan lagu nih khas kepada aku,wakaka! Menari sekali. Haha. Berangan pulak. Tapi the truth is itulah yg aku bayangkan. Terus teringat kepada mereka yg tertolak cintanya,oleh aku. Mereka menyanyi dan cuba memikat pada masa yg sama. Hah,satu statement! Abaikan.

Actually lagu nih dah lama ader dalam laptop aku. Cume tak pasan. *tukar tajuk..tak pasan ke? haha!* Dah2. Kepada gadis2 di luar sana sila menyanyikan lagu ini kepada crush anda yee,cadangan je ni. Menari sekali. Mungkin berkesan. O..tapi akan lebih mengharukan jika anda sudah di'reject'. Reject cam kasar plak. Hmm ditolak kott. Atau diminta tggu sampai tiba masanya. Erk. Len orang len kesnye. Abaikan.

*****

Wonder Girls- Nobody (English translation)

You know I still love you baby
And it will never change

[Chorus]
I want nobody, nobody but you
I want nobody, nobody but you
I don’t want anyone else
I can’t have anyone but you
I want nobody nobody, nobody nobody

Why are you trying to push me away? I hate it.
You ignore what I am saying
Why are you trying to send me to other guys?
Why are you doing this?

Saying that this is for my own good
Saying that you are just not enough
Stop it right now, you know me well enough
Why are you forcing what you know I don’t want?

[Chorus x2]

I’m satisfied, I’m happy
If I have you I don’t want for anything else
Who do you want me to meet and be happy with?
I can’t be happy away from your side

Saying that this is for my own good
Saying that you are just not enough
Why can’t you understand that it makes no sense?
How can I be happy without you?

[Chorus x2]

I don’t want nobody, body body
I don’t want nobody, body body
Really, if it is not you
I hate it!

[Chorus x2]

Back to the days
When we were so young
And wild and free
Everything was just like a dream
I want to go back to those times
Why do you keep on pushing me away?
Why do you push me away?
I don’t want nobody, nobody
Nobody nobody but you

*****

Kenduri kawen

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, June 07, 2009 | , , | 7 kiriman komen »


Semalam pergi satu lagi kenduri kawen kat kampung..sepupu ayah kawen. Memule aku malassssss nak gi huhuhu tapi disebabkan sumer pegi, so aku follow jek dgn hati yang tak bape nak rela,wakaka! Aik,gelak plak. Haha.

So baliklah kampung.. Kampung aku kat Melaka. Sungai Udang,Melaka. Poskod lupe haha! Nak lebih detail, kampungku itu letaknya di perkampungan yg diberi nama Paya Rumput.. Tapi Paya Rumput ada bykkk cume yg pasti di Sungai Udang itu ada satu jek kampung bernama Paya Rumput a.k.a PAYASUM and a.a.k.a PARUJAS.. *haha,a.a.k.a stands for 'and also known as'..skati aku jek reka* O..lupe. Kampung aku lagi satu kat Melaka gak. Kat Tanjung Kling. So,takyah kompius2,yg aku nak citer nih adalah kampung belah ayah aku, kat Sungai Udang tuhh.

Satu fakta menarik.. Kalau korang masuk jek lorong bertulis PAYASUM or PARUJAS tuh, sebenarnye korang telah masuk territory aku.. Eh,bukan..territory sanak-saudara aku,haha! Sume adek-beradik nenek aku,anak-anak moyang aku,adik beradik ayah aku,n kire sape2 yg ader pertalian darah ngn family aku or aku tak kire yg bau-bau ketiak or bau-bau bacang ada kat situ,hehehe. Kire cam menarik r. Haha. Tapi bukan sumer kat situ. Ader je yg kat tempat len. *sila jgn sempitkan fikiran anda dgn fakta ini* Same goes kat Tanjung Kling tuh..tapi tak sehebat kat PAYASUM tular..tentera2 serta jentera perang ayah aku g byk huhuhu. *dah macam kisah perang plak*

K..berbalik pada story sebenar aku nak citer..pasal majlis kawen nih. Aku juz nak state beberape poin aku tak suke pasal majlis kawen,dan aku akan refer pada majlis kawen yg aku baru pegi semalam.

Time aku g tuh hujan. Dan keadaan kampung pepaham jelah..taik lembu dimana-mana..eh,ke situ plak..bila hujan mesti r tanah berlecak. K tu satu poin. Lecak.

Poin dua. Sempit. Salunye memang kawasan rumah yg nampak lapang akan menjadi sempit bilamana ader empat lima bijik khemah terpacak kat tgh2 laman..meja panjang berdepa utk makan2..kerusi2 yg saiznye pelbagai (yg besar utk VIP,yg sangat besar utk pengantin dan yg kecik2 dan plastik surgery buatannya utk rakyat biasa yg sebok2 datang,wakaka) dan segala khazanah lain yg turut diletak2 kat sekitar tuh,huhu. Letak plak rapat2 sebab yelah..bape bijik khemah g nak tambah? Memang tak muat dahh.. Kalau muat pon,kene spent duit lagi nak byr sewa khemah. Kes jimat ler nii..(+_+)

Bising serta memekak. Tak kisah kalau nak pasang lagu ke,dj ke, tapi pasang lagu tuh jgn la cam org pekak plak. Elok2 tak pekak jadik pekak plak. Haih~ Dan dj semalam sgt merepek. Lagu2 pengantin baru 1,2 jek dier pasang. Sebok p pasang lagu2 slowrock kumpulan Wings la..Search la..ape la.. Bukan aku yg tak suke tapi tak seswai. Penyakit SS la tuhh. Actually dier kene piker gak kat situ ramai org tua..dekat ngn masjid..ramai budak2.. Yg karoeke lagi aku tak tahan. Jerit2 bajet suara sedap. Hadoii makcik2 kat situ asyik mengomel jek. Kutuk2 belakang,wakaka!

And byk lagi poin2 yg aku tak suke. Jadi aku nak qoute kate2 abg sedara aku, Abrar.."len kali kalau nak wat, wat kat dewan je" Hahaha.. Aku straight gelak. Kalau nenek sedara merangkap ibu kepada mempelai lelaki yg juga merupakan sepupu ayah aku tuh dgr mesti tangkap leleh punye r,hahaha! 'Tajam' giler sindiran itu. Ye..tak salah pon apa yg abg sedara aku cakap. Aku tgk semalam,walaupon majlis elok jek..tapi mata yg melihat ini terase kurang enal plak..keadaan berlecak tuh..org bersesak-sesak nak duduk dalam khemah sebab hujan..n macam2 lagilah huhu.

So,terus aku terpiker pasal majlis kawen aku t.. Haha. Calon lom ada dah melompat piker pasal majlis. Tapi seriously aku memang terpiker,tetibe jek. Aku terpiker tuh bila tgk pelamin pengantin kecik dan makanan untuk sesi makan beradab pengantin pon cam "alaahhh base je..beli kat kedai pastu isi dalam pinggan pon bolehh" Haha! Jahatnye aku..

Hmm kalau boleh aku nak wat kat umah aku sendiri.. Tapi kalau aku wat kat umah sendiri takut isu2 cmni ader lak,haha! Lagi plak umah aku nih crowded ngn furniture2 segala bagai. Dah tu kawasan perumahan aku nih cam jiran sebelah aku nih sudah monopoli jalan ngn kete2 anak2 dier. *aku tak suke jiran aku tuh,huhuhu* Lagi,lagi..umah aku dekat ngn selekoh so cam nanti nyusahkan kete nak lalu lalang dan kete2 mereka yg dtg utk parking kete (siap dah piker sumer tuhh)..

So, my plan..wat kat hotel jek,kah3! Kalau byk duit r~ Wat kat hotel g senang. Aku akan terhadkan bilangan orang yg datang. Makanan aku akan pilih yg best2 je. Tema..len kali piker. Pelamin kene luas *senang utk sesi bergambar,kui3* Ooo dan aku taknak bg bunga telur..dah bosan..gula2 murahan lagi bosan..kuih bahulu,sabun,potpouri,jelly,puding tuh sumer bosan..hahaha! Bg ape ek? Len kali gak piker.. Hehehe. Aku penah dapat coklat mahal time wedding org kaya mana ntah. Tapi dier kaya. Aku..kedana. Kui3~ Haa lagi satu advantage wat kat hotel ni ialah,umah aku selamat sejahtera..tak bersepah..tak kotor.. Disadvantage..money! Mane nak dtg duit tuhhh..ayah aku bukan bukak kilang cop duit,huhu. Alaa plan jek..lom tentu dapar direalisasikan.
Dah2..tetibe berangan plak. Lambat g.. 2015.. Kene carik calon before 2015 laa..adoii~ Susah2 suh ibu aku jek carik..dan..aku penah terpiker dua bende bodoh ni.. Terdesak..gi agensi carik jodoh. Kalau tak jumpe sgt..membujang sampai tua,berkhidmat utk keluarga jek. Wakaka!

Pepun selamat pengantin baru..Abg Pajeri ngn Kak Baiti..hehehe. Kak Baiti nampak cantik tapi dah makin berisi..ingat pesan nenek "kene pandai jaga badan" huhuhu. Erk,aku harap dorang tak jumpe blog aku nih.. ^^.

End.

p/s: Ader org kampung cakap aku cam Tomok.. Heh? Takde rupe langsung.. Rambut kott..

p/s lagi: Tahniah kat abg Abrar..dengar2 die dean list lagi..3.8+..kire ANC larr. .*xsure UUM cmne* huhuhu. Selamat menyambung Master~


p/s lagi: Nak balik kampung lagiii..tapi tak tahu bila :(



[Award pertama]

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, June 05, 2009 | | 14 kiriman komen »


1) Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda

Seperti yang anda lihat..saya bertindak mengikut arahan..*cume lambat seminggu,huhu* n_n"

2) Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini

+ nama dier Nur Shazana..

+ lahir 9th September 1990..ye..1990 so sama umur ngn aku,wakaka!

+ asal Butterworth, Penang..

+ kenal melalui Friendster..sangat peramah..bercakap dengan dia seolah-olah dah lama kenal..*hmm kalau awak still ingat laa..time awak buzz saya kat YM mintak pendapat ttg frenship problem,hehehe*

+ blog dier menarik..dan juga salah seorang blogger yg gune almost 70% in English! Blog dier akan lebih menarik kalau ber'domain'kan Bloggers..(erk betulke istilah domain itu? haa lantak r~)

3) Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri Sebelum Memilih Penerima Award Seterusnya

OMG! O_0!! Aku benci soalan camni..tolong2!~

5 fakta pasal aku..

+ Muke ketat.. Haha aku tak tahu,tapi itulah hakikatnya. Wajah aku pada keadaan biasa memang nampak ketat dan bajet serius. But actually....NO! Sape yg dah lama kenal aku akan faham..hehehe. Well aku takpat ubah lah weiii~ Dari kicik sudah begini~

+ Sangat malas ketika cuti.. Ye aku sangat sangat pemalas time cuti..haha! Aku malas nak gerak kesana kesini dan akan arahkan adik aku yg paling kecik untuk tukar rancangan TV..tolong tutupkan suis..tolong kuatkan kipas..tolong amekkan air..tolong amekkan itu..ini dan macam-macam lagi. Kejam tak?? Hahaha!

+ Tak reti bersosial.. Hmm aku tak pandai bersosial. Kebanyakan kengkawan aku kalau ikut sejarah adalah mereka2 yang berani approach aku dan kawan kepada kawan-kawan aku. Kire kawan atau orang yang aku approach sendiri adalah boleh dikira dengan jari. Aku tak kenal jiran tetangga aku. Aku malas join majlis2 keraian or perkahwinan. Dan macam-macam lagi. Lawak? Memang lawak. Aku nak ubah tapi tak berubah-ubah. Memang tiap kali azam tahun baru mesti isu berbangkit antaranya prob ni lar..hahaha! Tapi..aku bukan sombong..orang selalu mistaken aku nih sombong. Well,aku faham nape..biarlah ape orang nak kate.

+ Layan korean, japanese and taiwanese drama/movie.. Memule aku benci giler..memang kutuk abis2. Sebab zaman sekolah mane layan cintan2,jiwang2 niii hehehe. Aku mula minat time kat U..part 1 ke part 2 ntah. Tetibe jek minat. Dan sampai r sekarang..aku akan rajin mencari dan meminta-minta *mcm mintak sedekah lak haha* dari kengkawan,tukar2 info kat group discussion,and tgk secara online..hahaha! Orang penah cakap..."Pelik r lelaki minat citer2 cmtuh..macam pondan je.." Heh?? Aku lantakkan jek.. Jiwa aku memang jiwa lembut *org tertentu jek faham*

+ Aku pelik.. Ye,aku pelik.. Aku penah digelar kanak-kanak pelik time skul menengah dulu from kengkawan bek aku. Pelik sebab ape? Pelik laaa.. Byk bende pelik aku nihhh huhuhu.

5 hobi aku..

+ Melancong or jalan-jalan..

+ Listening to musics..

+ Baca blog orang..

+ Buang masa..

+ Makan..

4) Anda Perlu Memilih 10 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka

1. Balqis- Aku suke baca blog dier..dier pandai menulis,seriously. Tak caya bacalah blog die. Aku ter'inspire' bila baca blog dier,haha!

2. Zinnera-My junior kat U. Dier byk tolong aku dalam hal2 blog nih..Tulisan kat blog dier halus2 jek dan aku boleh cakap blog dier pon best. Memang tak ubah cam diari.

3. Ijat a.k.a Nimo- Mane ntah makcik nih. Lame tak nampak..

4. Azman- Nih lagi sorang,menyepi jek..

5. Rayme- Team debate aku..

6. SitiNurHudaHusna- Blog dier santai gile and bahasa yang dia guna lucu.. Aku tak kenal dier tapi aku tak pernah miss baca blog dier.

7. Faten- Kenal kat group 89 in Friendster..

8. Miss Choc- Baru jadik follower dier baru2 nih..kenal kat Friendster gak.

9. Shazwan- Junior kat skul dulu. Baru jumpe blog nih. Keep it up kayh!

10. Huda..Iceq..Dee..MuhdZahari dan sape-sape yg nak..silakan...

Award nih sebagai penghargaan sebab sudi tgk2 blog aku yg tak seberapa nih..huhuhuhu dan salah satu cara untuk kenal korang lebih lagi.. Tenkiu ^^.

End.

Jangan!!!

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, June 04, 2009 | | 7 kiriman komen »

Betulke apa yang aku baru dgr tadi??
*actually tgk tapi nih conversation dalam YM so nak mudah faham gune jek istilah dgr*

Why? Bende yang aku harap2 tak berlaku..berlaku..atau AKAN berlaku. Bila? Minggu depan penentunya.. Tapi kalau fikir-fikir balik memang berkemungkinan besar rumors itu sahih.. Huuuuu sedihhh.. Serius sedihhh.. Tapi takleh bazir air mata sekarang..bende belum official lagi..

Napelah pihak terbabit tak bagi peluang??

Dan kenapa dia??

Bukan nak backup tapi aku tahu banyak lagi calon lain..selain dia..yg patut..di(_______)..

Memori di Arau,Perlis..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, June 04, 2009 | , | 10 kiriman komen »

Peace upon you..

Macam yang aku janjikan, aku nak share gambar-gambar sepanjang aku kat UiTM Arau,Perlis. So 6 hari aku kat sana untuk Pertandingan Debat Terbuka Arau a.k.a Arau Open (AO). Best memang best. Kalau nak citer memang panjang lebar. So aku akan describe gambar2 yg aku upload nih je...

Bergambar dengan bas..kui3~ orang suh beli makanan ktorg sempat plak bergambar.. Aku tak reti poseeee~~ Wakaka!

Inilah team UiTM Sarawak..Sarawak A junior ktorg (umur sama je ngn aku,erk ader yg tua setahun dari aku..) dan Sarawak B kire senior r,haha..senior kat Sarawak jek,kat sini kire junior jee.. Alahh gelaran je senior-junior tuhh.. Nih bergambar masa nak tggu result group aku. Dorang dah dapat result dah time tuh. Haha..result takyah citer r sebab lawak sangat..maklumlah baru saringan 1.. Erk tapi result group aku tak lawak r..malas maw citer~ Masalah hakim baru..but neway keputusan hakim adalah absolute..(+_+)

English debator from Sarawak.. Mereka semua sangat baik,hehe..n Yaya..aku ingat dier non-muslim..nampak cam chinese,haha. Tahu tak..hari keempat baru aku tahu dier Islam,wakaka! Well English mereka sgt fluent..kadang2 segan nak cakap ngn dorg,kui3~

Aku suke gambar nih..sebab aku yg amek haha! Aku suke amek candid before amek yg betul2 nyerr,tu je..huhuhu. Muke masing-masing optimis jek..padahal baru lepas~~~ Lalala~

Ooo yg nih saje jek aku nak letak..aku tak kenal sangatlah mereka yg diatas tuh tapi yg pastinye mereka pendebat BM.. Hahh yang kat bawah nih aku sangat kenal..mereka pendebat dari UIA (Universiti Islam A'bgsa).. Ni lar oppenent ktorg time saringan 1.. Nasib menyebelahi mereka (+_+) Seb bek dorg masuk semi-final..berbaloi kalah ngn dorg,kui3~

Mereka sangat suka bergambar dalam bilik rocalled (eh betul ke ejaan nihh??) Hmm yg kat bwh tu Jack ngn Kak Poora n Ismat (team Shah Alam B). Mereka main mak-mak dan Jack adalah anak,haha!

Hmm nih hari ketiga bila peringkat saringan habis.. Kire grand dinner r untuk umumkan group yg dapat masuk quarter-final.. Tema formal tapi aku rase ramai giler tak ikut tema,kui3~ Makanan...hmmm okey~ Ader yg sedap ader yg kureng sedap. N servis..agak confusing..bukan kami yg confusing,tukang serve tuh yg confuse tak abih2.. Kepelikan aku~

Saje nak b'gambar satu team.. Team Borneo.. Gabungan Sabah-Sarawak.. Ktorg memang rapat.. Team UiTM kebanyakan rapat2..aku kagum..sebab ktorg bukan cam U len.. Ktorg datang dari pelbagai negeri tapi leh jadik akrab.. UiTM Sarawak..UiTM Sabah..UiTM Shah Alam..nih paling rapat antara satu sama lain. Mybe sebab yg Sabah Sarawak nih salu join latihan pusat kat UiTM S.Alam.

Yg kami dok pegang tuh adalah logo Arau Open kali nih.. Kalau tak silap aku tak pulak diterangkan ape maksud tersirat logo tuh tapi layankan jelahh~ Hahaha!

Lagi sekali..aku suke candid..haha! Dorang nih lama sgt bincang nak pose cmne..haha!

Ni kat Padang Besar..ala tempat yg jual barang murah2 tuhh..tak tahu betul ke murah sebab aku bukan kaki shopping..kui3~ Yg nih singgah makan jap kat ader 1 gerai tuhh,dekat ngn tugu Padang Besar.. Sebab apa aku nak gtaw? Sebab servis kedai nih sgt lama.. Haih kalaulah aku ader amek gambar kedai nih~~ Gile r..nak dekat sejam tunggu.. Org yg dtg lambat dan makan kat kedai sebelah siap leh pergi dan datang balik jenguk ktorg.. Hmm. Seb bek sedap..dan seb bek sempat shopping,wakaka!

Masih digerai..

Macam yg korg tgk...nih kat pintu masuk ke Gua Kelam.. Bukanlah betul2 kat pintu gua,kui3~ Byk gambar dalam gua..tapi muka masing2 creepy jek,haha! Masuk byr RM3.. Bukan jalan kaki memule tapi nek cam keretapi or crane kott..ntah ape panggilan mendealah tu. Dah sampai kat dalam barulah leh jenjalan..panjat2 dalam gua tuhh.. Gua ke-2 aku pernah masuk,huhu.

Nih bergambar dalam gelap lepas makan seafood kat Kuala Perlis.. Tak pasti ape nama kawasan dier tapi kalau korg datang memang tulah spot restoran seafood. Dekat ngn Jeti ... (xXo) Wargghh lupe ape nama Jeti jugak!! Huhuhu...

Hmm ni malam terakhir kat sini.. Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil dan Hadiah. Tgklah betapa bosannya muka Kak Poora ngn Aina.. Masing2 dah stat memain nak ilangkan bosan. Dan sudu dan garfu yg disusun-susun tuh bukti mereka dah takde keje. Snanye byk lagi..men ular plastik lar..men purak2 makan lar.. Tak duduk diam tuh toksah citer r,kui3~ Air ponn toksah citer gak..bape kali tambah,haha!

Semeja ngn dorang. Baselah kalau b'gambar kat meja makan memang orang suke pose suap-menyuap nih. Aku? Tak reti pose~~~ Wakaka!

Team Shah Alam A..

Team Sabah..diterajui Kak Mastura Arbin..ye yang kat sebelah tu.. Tahniah Kak Mas..ranking ke-2 Pendebat terbaik keseluruhan kategori BM..

Aku ngn Yaya..

Team UTP (Universit Teknologi Petronas)..Juara Pertandingan Debat Terbuka Arau 2009. Tak bape ingat nama dorang.. Dari kiri..Hanafi,pastuh tak kenal sebab dier simpanan mati,then Khazaidi (ranking ke-6 antara pendebat) dan Pendebat Terbaik Peringkat Akhir/Final, Munir (ranking ke-5 antara pendebat). Aku tgk dua match dorang..quite competetive dorg nih,tak mudah putus asa dan konsisten sebagai satu pasukan. Aikk,komen plak.. Haha. Bukan pe,sebab aku dengar dorg baru lagi dalam dunia debat nih dan aku rase hebat dan bakal jadi pesaing utama U2 len pasni. Uish..budak UTP pandai2..jgn men2.. Aku layak memohon je dulu tapi tak dapat masuk,kui3~
.....


N last but not least..aku takkan lupa mereka semua. Terutama team UiTM Sarawak dan team UiTM lain.. Malas nak emo2 tapi hakikatnya sampai situ jelah aku dapat bersama korang. Kalau tak disebabkan aku praktikal luar dan setahun lak tuh..dah tuh abis setahun tu lak aku still tak dapat join sebab aku bukannya direct masuk degree (kene tggu 6 bulan)..dan time dgree nanti bergantung plak ngn U yg aku masuk either dorang approve or not aktiviti2 debat nih..Wahh sadis2.. Good luck untuk semua! Hopefully dapat jumpe lagi!

End.