nafsu vs akal

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, June 10, 2009 | | 7 kiriman komen »



Bila nafsu mengepalai akal..

Aku tak dapat lelapkan mata fikir bende ni. Aku rase dalam banyak-banyak dilema,inilah yang paling mencabar.

Aku banyak berubah.

Berubah kepada sesuatu yg aku sendiri mulai keliru baik buruknya.

Perubahan ni aku tak tahu dari mana asal usulnya yg sebenar. Situasi mana yg aku perlu rujuk. Kadang-kadang aku menjuri situasi tertentu. Tak pernah tamat. Mahkamah ditangguhkan.

Nafsu. Jarang perkara yg baik dipujuk nafsu. Selalunya..jahat dan gelap.

Akal. Selalu amat akal tewas pada monopoli kuasa nafsu. Dalam konteks harian aku,aku boleh dikira gagal. Aku sendiri yg tentukan lulus dan gagal tu. Maka,aku gagal.

Haih..sejak akhir-akhir ni aku jadi munafik. Tak. Dari dulu. Munafik dalam bab tertentu. Menipu mata semua akan hakikat diri aku sebenar. Munafik satu perkara biasa bagi aku. Tapi bukan dalam Islam. Ia satu dosa. Maka,aku berdosa.

Aku sedar aku berdosa. Tapi aku sebenarnya belum betul-betul sedar. Haha. Tergelak dengan kebodohan sendiri.

Aku selalu fikir aku perlu bimbingan. Laa..aku dah pun dibimbing. Nak bimbingan mcmna lagi?!

Rahsia. Adakah aku perlu terus berahsia utk berubah? Atau buka saja pekung di dada? Huh,aku dah pun bermain dengan dua metod tu. Sama je.

Kadang-kadang aku anggap ini ujian. Dugaan. Tapi logik sama ada benar ini dugaan atau aku je yg tak pernah endah akan hal dosa dan pahala terus membelenggu. Merantai ketenteraman. Dosa pahala pun aku perkecilkan. Hati batukah aku?

Bukan aku tak nak ubah. Cuma aku selalu..tersungkur. Nafsu seperti sudah mempunyai jalinan mesra dengan setiap anggota tubuhku. Menawan anggota mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan perut aku dengan ganjaran kepuasan dan nilai yg tak tergambarkan. Sehingga fungsi akal tersisih.

Aku tak dapat fikir lagi.

Buntu. Bukan sekali tapi berkali-kali aku fikir. Sejak aku sedar aku hidap masalah ni.

Aku tak nak berharap. Semua harapan itu dah bertimbun aku longgokkan. Cuma belum jadi realiti.

*****

p/s: abaikan yg tersirat disebalik tersurat. sekadar berkongsi masalah peribadi.

7 kiriman komen

  1. eZad niMo // Wednesday, June 10, 2009 2:55:00 PM  

    ahhaha....
    aku baru je abis bace novel kat umah ni...
    tbaca plak n3 kau kali ni...
    dah trase mcm bc novel la plak...
    ayat2 kau tu...perghh~
    hahaha...

    pe2pon, steady rs~ =)

  2. ++harisu-sama++ // Wednesday, June 10, 2009 8:12:00 PM  

    hehehe. cam novel ke? aku penah tpiker gak nak wat novel.
    btw..aku mmg puitis sket. sket jelah..

    ye..aku steady~

  3. BaLQisRiZa // Wednesday, June 10, 2009 10:46:00 PM  

    haha..nice one..
    cm tgh emo je..
    lek la rs..
    sume ade mslh yg sama..
    yg pntg, hati selalu igt tuhan..
    so takde la sesat jauh sgt..ok??
    hehehe

    me pon selalu cmtu gak..
    harini tido jnji esok bgn subuh..
    sekali tgk jam dh pkul 9 pg..
    selalu berlaku time weekend..hahaha

  4. eZad niMo // Thursday, June 11, 2009 4:42:00 AM  

    yea...mcm novel murahan yg xlaku tu...
    wahahhaa!!!~
    xder la, gurau je lar pkcik...
    hehehhe....

  5. ++harisu-sama++ // Thursday, June 11, 2009 11:04:00 AM  

    balqis..
    hehehe..yup,time tuh ngah agak emo.
    thnX for ur advice^^
    bukan senang nk dgr advice dr kau nih,kui3~

  6. ++harisu-sama++ // Thursday, June 11, 2009 11:06:00 AM  

    ijat..
    kalau novel aku laku sok2,kau jgn tumpang populariti aku haaa hahaha! *berangan lak*
    aku akan pura2 tak kenal kau..kui3.

  7. eZad niMo // Thursday, June 11, 2009 2:27:00 PM  

    ek elehhh...
    blm laku, blm famous g dah nak buang batu...
    niat ni x elok dah...
    ish3~
    tp xper, aku akan terus mhantui kau, mcm spongebob...
    ahhahahah~