pergi mati!

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, August 30, 2009 | | 23 kiriman komen »


PERHATIAN : AKU TENGAH BENGANG

semalam, aku doakan budak-budak yang bermain mercun di depan halaman rumah aku ni cedera parah dan kalau boleh mati terus. dan aku tak lupa aminkan.
semalam juga, aku bertenang dan dengan rendah dirinya aku memaafkan mereka.
sekarang,
aku cuma nak cakap "aku tunggu berita kematian dengan rasa gembira"
sebab aku tahu, mendoakan keburukan orang takkan pernah makbul.

aku tahu, tak logiklah mati disebabkan mercun. memang tak logik. saja. supaya hati aku puas!
terpulang korang nak cakap aku apa. aku kebudak-budakan ke, aku tak terbuka ke, aku lebih-lebih ke, aku dah bagi peringatan awal-awal kat atas bukan?
nah,seri satu sama.





Selipar hilang

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, August 28, 2009 | | 13 kiriman komen »




Selipar aku elok-elok sahaja. Selipar Bob yang kene kebas. Hehe. *Bob ni team practical aku kat Serian*

Bukan apa, rindu pulak kenangan di sekolah asrama dulu. Tak terhitung jumlah selipar aku yang di kebas orang. Dan kenangan counter-attack aku mencuri selipar kanak-kanak yang tak berdosa sebagai langkah alternatif menjimatkan wang sendiri juga salah satu memori terindah. Yelah,takkan setiap kali hilang nak beli baru? Muflis aku macam tu,haha. *perhatian : waktu tu aku masih student dan duit belanja rm50 sahaja sebulan*

Kenapalah mesti nak curi selipar orang. Penat-penat je tunggang terbalik solat berjemaah, lagukan pelbagai jenis zikir dan bersalam-salaman sesama jemaah, alih-alih setiap langkah kau pulang dari masjid tu kau kumpul pula dosa. Dah banyak sangat pahala kot. Macam yang aku pernah cakap dengan kawan-kawan masa di sekolah dulu "aku jalan pon dah senget sebelah kanan dah ni,banyak sangat pahala,so takpelah curi selipar ni,seimbangkan~" *sambil menyengetkan bahu sebelah kanan dan membuat muka comel* Hahaha! Sebenarnya,bila aku betul-betul terdesak baru aku curi. Biasanya aku akan berkaki ayam dan cari sampai dapat. Pergi blok ke blok. Cari di dewan makan. Cari di setiap kelas. Gila tak?

Huh,kadang-kadang macam-macam cara aku buat nak elak selipar kene curi. Pertama sekali aku akan cari port baik punya. Bawah tangga ke,celah dahan pokok ke,timbunkan selipar orang lain atas selipar sendiri ke atau pon parking selipar tu jauuuuuhhhh dari kawasan surau/masjid. Hehe. Kedua,buat tanda kat selipas tu. Kat asrama dulu, kalau agak-agak kau guna selipar jepun warna biru putih tu jangan harap lah kau nak biar kasut tu dengan warna dan rupa asal. Macam-macam cara budak-budak ni buat. Toreh dengan pisau lah, cat kan dengan pelaka lah, tulis nama dengan marker pen lah, potong tapak kasut tu ikut bentuk yang kau suka lah, pakukan keliling tapak lah dan macam-macam lagi. Semua tu nak elak hilang punya pasal. Aku tak guna selipar jepun. Pada asalnya lah. Bila dah kerap sangat hilang,terpaksa jugak menapak ke koperasi sekolah beli selipar jepun nih. Dah sama lah pulak selipar aku dengan orang lain,huhu. Ketiga,jadi orang berpengaruh kat sekolah tu. Insya Allah selipar kau tak kena curi. Kalau kene curi jugak,sekejapan je jumpa balik sebab ramai yang sudi tolong. Hahaha.

Disebabkan rindu pengalaman selipar sendiri kene curi,aku rela kalau malam ni,atau malam-malam seterusnya selipar aku yang satu tu kene kebas. Hey,selipar lawa tuu..pelik aku kenapa takde yang berminat *crocs yang warnanya dah luntur tak cantik ke? :p*

Pelekat hijau : Memang cadang nak beli selipar baru =)


KFC Shrimp Stix Combo- Indah iklan dari makan?

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, August 26, 2009 | , | 24 kiriman komen »


Kecik!

Aku zoom..


Kecik jugak -_______________________-"

Sekali 'ngap' je.. Oh,jangan berangan lah ada seekor udang dalam tu. *tu memang confirmed tipu*

Rasenye mcm fishcake je. Or should I say shrimpcake.. Takpe, yang penting aku dah rasa ^_______________________________^

Sekian.

Pelekat merah : patut debatkan isu ni, Iklan : Indah khabar dari rupa.



Siti Nurhaliza - Asma Ul Husna 2009

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, August 23, 2009 | | 4 kiriman komen »


Sekadar berkongsi.Belum keluar lagi. Album Tahajjud Cinta.



Menghitung masa

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, August 22, 2009 | | 4 kiriman komen »

Ya. Aku pakaikan blog aku baju baru.

Tik. Tok. Tik. Tok.

Yelah,yelah,tiada bunyi sebenanrya. Jam digital laptop saja ada depan mata aku ni. Tiada jam antik.

Jam 1 lebih tadi perut aku dah berkeroncong. Hampir jugak aku terteguk segelas air,lupa yang aku tengah puasa. Lupa beberapa saat je. Haha.

Tak banyak lampu YM menyala hari ni. Facebook juga. Bosan.

Plan untuk buat report pun tergendala. Tiada jiwa. Tiada rasa. Esok jelah. *percayalah,esok akan sama seperti hari ni*

Berborak di laman Fb Kak K tadi, Kak K tanya "Tak faham kenapa mereka gigih menyiapkan juadah berbuka puasa. Beli sudah..~"

Mereka itu,kita lah.

Aku, "Yang kita nak beli tu pon, makcik dan pakcik tu gigih jugak sediakan. Lagi tak faham kenapa dorang gigih siapkan juadah berbuka puasa untuk orang lain. Makan sendiri sudah..~" *gurau je kak K haha*

Sengaja aku bergurau. Tunggu respon.

Kak K, "Haris, diaorang gigih kita bayar..ini tak,kuih nak buat,lauk nak buat,nasik nak masak..mak koma nokkk!"

Che' Lah menyampuk, "Akak tak faham sebab akak tergolong dalam golongan orang yang malas nak masak. Hehehehe."

Kak K spontan, "Bukan malas,tapi membantu ekonomi negara,hehe."

Che' Lah serang, "Kak K, habis tu ekonomi kita sapa nak bantu? Asyik nak jaga ekonmi orang jarrhh.."

Hahaha! Tulah antara perbualan kanak-kanak debat. Bahasa lain macam sikit, unik. Erk,aku je kanak-kanak,mereka pangkat akak dan abang,hehe.

Sebenanrnya dua-dua tak salah. Suka hatilah korang nak masak sampai termuntah-muntah periuk tu ke, nak kasi penuh dua tiga meja ke, nak kasi warna-warni pelangi ke..yang penthing,jangan membazir. Jangan bazir tenaga, jangan bazir masa, jangan bazir bahan masak dan jangan bazir duit. Ejaan penthing tu juga penting haha. Jangan gigih nak jadik sahabat syaitan. Kang gigih pulak kau diikat sama kat neraka. Haha. Ok,ok. Aku merepek.

Oh,Bob ajak berbuka di rumah dia. Wahh,sekurang-kurangnya taklah nightmare sangat malam pertama berbuka kekeke. Boleh je makan masakan sendiri tapi faham-faham jelah, kalah rancangan Bersamamu TV3 haha. Aku merepek lagi. Dah. Selamat bersungkei *bahasa sarawak = berbuka puasa*

Ta'al ya sodiqi, ta'al..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, August 21, 2009 | | 2 kiriman komen »



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Awalnya R A H M A T. Pertengahannya M A G H F I R A H. Penghujungnya P E M B E B A S A N dari api N E R A K A.

Assalamualaikum.


Dah lama tak bagi salam. Nah, 1 pahala yang senang-senang kita peroleh. Aku beri dan kau, sila jawab salam itu. Hehe.

Ok lah,disebabkan bulan tak beranak semalam,maka bulan puasa jatuh pada hari Sabtu bersamaan 2 Ramadhan 1430H iaitu esok. Jadi malam ni kemeriahan sambutan ramadhan bermula dengan ibadah sunat terawikh. Ya, jangan nak buat-buat lupa. Hari ni dah mula terawikh. Hehe. Sunat mu'akad. Oh, kata-kata aluan tak boleh tak ada.."Marhaban ya Ramadhan"

Jadi sempena ramadhan ini, aku nak minta maaf kalau ada salah silap selama tempoh perkenalan kita. Noktah.

Sempena ramadhan ini juga, aku berharap aku dapat manfaat dan eberkatannya supaya aku berubah. Berubah,haris. BERUBAH! Huh. Semoga aku tergolong dalam golongan orang-orang yang diberi petunjuk dan mendapat keredhaan Allah,amin.

Terbaca nota kecil dari blog Afiq, aku segera mengimbas detik berpuasa di sekolah. Haha. Ya aku tahu aku dah hampir 2 setengah tahun di UiTM, tapi kenangan berpuasa di sekolah asrama dulu lagi manis dari di UiTM. Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Sultan Muhammad. Lima tahun aku disana, dan kenangan berpuasa indah untuk 2 tahun terakhir disana. 3 tahun sebelum nya indah juga, cuma aku dah lupa suasananya haha.

Ah,rindu berbuka puasa beramai-ramai. Mandi awal supaya dapat berbaris awal di dewan makan. Pukul 6 tepat mesti kene turun,kalau tak berebut. Hehe. Makan aku tak kisah sangat, kuantiti ditentukan tahap mesra kita dengan tukang masak dan paling penting, semua pelajar akan dapat lauk yang sama, kuih yang sama dan pencuci mulut yang sama. Yang aku sangat kisah..air,hehe. Berebut air adalah acara paling mencabar. Kalah sukaneka,haha! Kalau cepat,dapat ambil ais sekali. Dan baju melayu dan kain pelikat tak kotor terkene lecak air yang tumpah merata-rata. Hehe. Tapi beberapa lama lepas tu,pihak asrama upgrade sikit..guna bekas simpan air berpaip. Ok,lepas sikit rindu cerita bende ni.

Aku rindu juga bersahur beramai-ramai. Aku bukan jenis bangun sahur. Aku memang dikenali sebagai seorang yang hebat,tak payah sahur pun tahan puasa haha. Hebat ke? Anggap jelah aku perasan aku seorang je di asrama tu yang tak bersahur hehe. Kadang-kadang aku pesan dekat kawan,kejutkan aku pagi tu walaupun tujuan aku bukan untuk bersahur tapi sekadar menemani kawan-kawan bersahur. Hehe. Baik betul aku. Ntah,aku seronok teman orang sahur. Dengan muka pisat-pisat. Dengan bau-bau air liur basi. Haha. Aku tipu,aku tak pasti tu bau apa. Haha.

Aku rindu sistem pergi ke bazar ramadhan secara bergilir. Setiap minggu,dalam 7 hari itu,pelajar akan bergilir untuk pergi ke bazar ramadhan. Ikut tingkatan. Haha,sangat comel sistem tu. Disebabkan aku ada kawan-kawan dari setiap form,aku akan kirim. Boleh kata setiap hari jugaklah aku dapat makan makanan lazat dari bazar. Kadang-kadang terus tak pedulikan lauk di dewan makan. Terutama air lah. Berjenis-jenis air aku beli. Kuih juga. Kuih kegemaran macam karipap sardin,custard jagung,ketayap,lepat pisang dan keropok lekor memang tak boleh lepas. Haha.

Rindu juga berterawih di surau. Berebut nak duduk bawah kipas. Kadang-kadang curi-curi peluang untuk solat di bahagian luar. Berangin dan sejuk sikit. Tapi selalu jugak kene masuk hall utama,sebab aku senior haha! Macam budak-budak aku nih. Eh,tapi kalau dapat saff belakang walaupun di hall utama pun dah cukup suka. Ada 2 kipas gergasi,wakaka! Selalu jugak aku di saff belakang. Jangan tiru itu,pahala lagi banyak di saff hadapan. Sebenarnya aku selalu sangat di saff depan *cover*

Macam-macam lagi kenangan,mungkin kalau aku teringat aku akan kongsikan lagi. Terasa macam nak balik ke sekolah lama dan join berbuka puasa dengan mereka. Cakap, "Abang ex-student sekolah ni" dengan muka tak tahu malu. Haha. Merepek. Aku dah besar,buat cara orang besar. Oklah,makan dengan warden jelah. Huh,lagi merepek. Kene bantai dengan rotan nanti baru tahu,bajet aku terkenal lah kat sekolah,cett.

Pelekat hijau : Tunggu ibu call. Mesti dia akan pesan untuk pergi terawih malam ni.

Pelekat merah : Harap-harap aku dapat tahan lapar. Marcos asyik cakap "Aku nak tengok macam mana kau puasa nanti..asyik lapar je aku tengok" Haha..insya Allah tak macam tu dah bila puasa.

Pelekat ungu : Jaga mata, jaga telinga, jaga hati, jaga anggota tangan dan kaki. Semoga kita bukan sahaja menahan lapar,tapi tahan nafsu dari perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. Ingat,pahala puasa adalah satu-satunya yang Allah beri mengikut penilaiannya. Tiada syarat khusus :)

Pelekat biru : Pendrive 8Gb kesayangan aku tiba-tiba rosak. Sedih gila. Tak sampai setahun,huhu.

Kirim salam

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, August 20, 2009 | | 10 kiriman komen »


Kadang-kadang aku malu nak sampaikan salam dari seseorang kepada seseorang yang lain.

Kes pertama:
Kawan berlainan jantina kirimkan salam kepada kawan-kawan sejantina aku. Begitu jugak sebaliknya. Dia kenal kami. Kami kenal dia. Cuma tak pasti hubungan itu. Kawan kah? Atau sekadar kenalan? Ah,tak kisahlah status hubungan tu. Aku memang malu nak sampaikan.

Kalau selalu sangat boleh jadi gosip. Aku tak berapa suka digosipkan. Pemalu. Eceh.

Kes kedua:
Seseorang itu kirimkan salam pada seseorang yang dia tak kenal pon.

Ibu aku rajin kirimkan salam pada kawan-kawan aku. Hehe. Aku gunakan perkataan rajin sebab setiap kali ibu telefon ibu takkan lupa cakap "kirim salam dekat kawan-kawan" *lebih kurang macam tu kott*

Aku ambil masa sikit nak bagitahu. Malu. Kadang-kadang,sengaja tak bagitahu. Kenapa ntah,aku pon tak tahu. Malu,kot. Sebab,selalu sangat.

Kadang-kadang,aku betul lupa. Bila aku teringat, aku tak terus sampaikan. Fikir. Satu,dua,tiga,empat kali. Nak bagitahu ke tak nak? Manalah tahu dah basi. Kejap, salam ada tarikh luput tak? Haha!

Teruk tak aku? Huhu.

Tutup kes.

Lain-lain.

Kirim salam jugak agak popular sebagai satu langkah permulaan berkenalan dengan orang. Mengoratlah,maksud aku. Hehe. Kreatif!

Cerita.

Pernah dulu,aku kaget bila seorang Muslim ingin menyampaikan salam kepada seorang yang bukan Muslim.

Aku tanya "Kau harapkan dia jawab wa'alaikum salam ke?"

Keliru.

Dia jawab "Aku sampaikan salam sejahtera,jadi dia boleh reply dengan ucapan salam sejahtera jugak"

Oh,betul jugak.

Hehe.

Satu fakta.

Salam ini amanah. Amanah wajib kita laksanakan. Kalau tak,berdosa.

Peringatan untuk aku sebenarnya.

Tapi kalau boleh jangan beri aku amanah ini. Aku rasa,berat dan hampir kepada dosa. Huhu.


pelekat hijau : berterabur r post ni..

paradigma

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, August 16, 2009 | | 3 kiriman komen »


apa yang kita fikir,

apa yang kita tahu,

dan apa yang kita percaya,

semua itu tak penting.

yang penting,

kita lakukan apa yang kita fikir, apa yang kita tahu, dan apa yang kita percaya.

*credit to Kak Mas Aini Dhiyana*

Lee Seung Gi ft Bizniz - Will You Marry Me

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, August 15, 2009 | | 8 kiriman komen »



Seminggu aku carik lagu ni,akhirnya ketemu juga. Hehe. *gembira*

I thought nak simpan lagu ni bagi untuk yang tersayang bila tiba masanya..*lepas tengok english translation lyric for dis song* tapi..hati aku memberontak minta diawalkan.

Lagu ni aku dengar dalam 1 Day 2 Nights Show dekat KBS World (channel 303). Show nih memang best! Lawak. Entertaining. Ada lagi satu version, Happy Sunday. Orang yang sama, genre show yang sama. But,masa aku dengar tu takdelah pulak tulisan2 keluar bagitahu nih lagu apa. *kalau kau biasa tengok entertainment/game show mybe kau faham*. So,aku terpaksa google sana-sini nak cari lagu nih. Haha. Lagu nih dia macam terus start,takde muzik intro. And slow je..layan je.. Tu yang aku gigih carik tu,huhu.

Mari karaoke~


narang gyeolhon hae jullae?

Will you marry me?

narang pyeongsaengeul hamkke sallae?

Will you live forever with me?

uri duri alkongdalkong seoro saranghamyeo

Whilst loving each other

na darmeun ai hana neo darmeun ai hana nako

I want to have a child that looks like me, another one that looks like you

cheonnyeonmannyeon apeuji malgo nan salgo sipeunde

And live, unhurt, for 1000, or 10000 years

soljikhi malhaeseo naega neol deo johahae

To be honest with you, I like you more than you like me

namjawa yeojasaien geuge jotago hadeonde

And people say thats better between a man and a woman

naega deo saranghalge naega deo akkyeojulge

I’ll love you more. I’ll take care of you

nunmuri nago himi deul ttaemyeon apeul ttaemyeon hamkke apahalge

If you cry, if you’re having a hard time, if you’re hurt, I’ll hurt with you

pyeongsaengeul saranghalge pyeongsaengeul jikyeojulge

I’ll love you forever, I’ll protect you forever

gamsahae maeil neoman saranghago sipeo

I’m thankful that I’ve met someone like you

neomankeum joheun saram mannan geol

I want to love only you everyday

narang gyeolhonhae jullae

Will you marry me


(Rap) Marry me maeiri haengboge gyeowoseo

(Rap) Marry me, there’s a feeling of happiness everyday

gwaensiri naeiri gidae doeneun saram

And I look forward to tomorrow with you

waeiri waeiri tteollineun geolkka

Why am I nervous

bogo tto bwado naegen jeirin sarang

You are the best, no matter how much I look at you

geomeunmeori pappuri doel ttae kkaji

Until our black hair becomes white

uri durui saengi da kkeutnal ttae kkaji

Until our lives end

sone mureun mutyeodo nune nunmul jeoldae an mutyeo

Even if I put water to your hands, I won’t put tears in your eyes

neon naui banjjok gaseum nan neoui banjjok gaseum doeeo

You as my half, I as your half

sumeul swineun geu sungansungan neol saranghae julkke

I’ll love you as long as I breathe

sigani jinaseo jureumi neureonado

When time goes by and we get wrinkles

kkok jigeumcheoreom neowana yeongwonhi hamkke hal geoya

You and I will be together like now


naega deo saranghalge naega deo akkyeojulge

I’ll love you more. I’ll take care of you

nunmuri nago himi deul ttaemyeon apeul ttaemyeon hamkke apahalge

If you cry, if you’re having a hard time, if you’re hurt, I’ll hurt with you

pyeongsaengeul saranghalge pyeongsaengeul jikyeojulge

I’ll love you forever, I’ll protect you forever

gamsahae maeil neoman saranghago sipeo

I’m thankful that I’ve met someone like you

neomankeum joheun saram mannan geol

I want to love only you everyday


Rap) neoneun machi eoduwotdeon nae sarmeul barkhyeojuneun bit

(Rap) You’re like the light which lightened up my dark life

bogeulbogeul jjigaesoriro bangyeojuneun jip

The sound of soup boiling greeting me

mae mallatdeon nae mame naeryeojuneun bi

The rain that falls on my thirsty heart

sarangiran cham uimiga damgyeoinneun si

The poem that contains the meaning of love

haneuri jeonghae jun unmyeongui kkeun

The string of destiny that the heavens have allowed

neowa naui mannameun cheonsaengyeonbun

The meeting between you and I was meant to be

i sesangeul dajundaedo bakkul su eomneun nae sarmen ojik pyeongsaeng neoppun

You’ll be irreplaceable even if I was given the whole world


naega deo saranghalge naega deo akkyeojulge

You’ll be the only person in my life forever

nunmuri nago himi deul ttaemyeon apeul ttaemyeon hamkke apahalge

If you cry, if you’re having a hard time, if you’re hurt, I’ll hurt with you

pyeongsaengeul saranghalge pyeongsaengeul jikyeojulge

I’ll love you more. I’ll take care of you

neomankeum joheun saram mannan geol

I’ll love you forever, I’ll protect you forever

gamsahae maeil neoman saranghago sipeo

I’m thankful that I’ve met someone like you

narang gyeolhonhae jullae

I want to love only you everyday


Biasa je lirik ni. But somehow,ntah,lagu ni jiwang,haha. Ok,aku memang jiwang. Oh,lagi satu..aku memang layan lagu Korea, Japan and anime. Sekian.

pelekat merah : first time aku gunakan warna pink utk tulisan,cantik pulak,wakaka!

pelekat hijau : lagu ini tidak ditujukan kepada sesiapa buat masa ni. aku redha,haha!

Aku bangga. Tahniah Malaysia!

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Friday, August 14, 2009 | , , | 8 kiriman komen »


Tahniah Malaysia!


Aku lihat Malaysia cukup berpotensi. Boleh pergi jauh lagi. Aku gembira. Terharu aku bila membuka akhbar hari ini, Malaysia pada kedudukan ke-9 dunia dalam catatan rekod kematian akibat H1N1.

Kau tak bangga? Laa,kenapa?

Kita warganegara Malaysia patutnya berbangga dengan rekod terbaik ini.

Kau tak bangga bila semua negara tatap rekod ini?
Kau tak bangga bila tahu negara kita yang populasi penduduknya lebih kecil daripada China dan Jepun catat rekod cemerlang sebegini?
Kau tak bangga bila lihat kesetiaan rakyat Malaysia berkorban nyawa untuk harumkan nama negara?
Kau tak terharu bila lihat macam-macam usaha serta jerih-perih pihak tertentu seperti beri cuti seminggu kepada pelajar-pelajar membuahkan hasil?
Kau tak gembira bila dapat topeng-topeng muka secara percuma sempena memeriahkan sambutan H1N1 ini?
Kau tak gembira bila pelbagai acara yang menuntut rakyat berkumpul dan berkongsi keseronokan mendapat virus ini berjadual dengan baik?

Aku bangga. Aku juga terharu. Dan gembira. Malah aku sedang bertepuk-tangan sekarang.

56 korban. Baru sikit. Belum setanding Amerika Syarikat,Argentina dan Brazil. Tapi dalam Asia, Malaysia kalah pada Thailand. Aduh, kalau boleh aku nak Malaysia tumpaskan Thailand. Biar kita juarai Asia. Hehe.

Kesal sedikit bila dengar pimpinan negara hanya mampu mengucapkan rasa terharu atas kejayaan ini. Kesal sedikit bila iklan-iklan di televisyen tak semeriah rekod yg dicatat setakat ini. Kesal sedikit bila media cetak tidak tertarik untuk hebahkan kejayaan negara ini dalam nada serius. Kesal juga bila ada pihak-pihak tertentu tidak menyokong usaha pihak yg bertanggungjawab.

Topeng tu jadikan hiasan jelah~ Kan kita nak beat Thailand? Lagi satu, tak payahlah self-quarantine tu. Tak rocklah duduk terperuk kat bilik. Bukankah bagus kalau kita keluar,hirup udara segar bercampur virus H1N1 ni dan pulang nikmati tidur lena tanpa perlu risaukan apa-apa. Seminggu lepas tu, kalau disahkan positif H1N1, redha jelah. Ajal maut kan di tangan Tuhan~

Rilekslah,hujung tahun ni kan ada vaksin. Tu pon kalau researcher tu panjang umur la. Hehe.



pelekat hijau : aku doakan buat mereka yang ambil berat akan isu nih selamat sejahtera. semoga aku, keluarga dan rakan-rakan kesayangan terhindar daripada semua ini. amin.

Perempuan Berkalung Sorban

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, August 09, 2009 | , | 9 kiriman komen »


Baru selesai menonton cerita ni. Seperti biasa, aku tertinggal jauh untuk mengikuti kontroversi-kontroversi dalam cerita ini pada masanya. Hehe.

Cerita ini berunsur rohani. Mesej yang cuba disampaikan oleh penerbit, pengarah dan pengarang skrip filem ini iaitu Hanung Bramantyo berkisarkan bagaimana penterjemahan Islam fahaman guru-guru agama dan sebahagian besar penuntut-penuntut terhadap kedudukan lelaki dan perempuan. Selain itu, turut dipaparkan realiti dunia Islam itu sendiri yang boleh aku katakan "kita Islam pada nama sahaja". Jadi, aku yang tak banyak ilmu ni tak berani nak komen cuma nak rekomen kepada sesiapa yang belum tengok filem ni, pujuklah diri untuk tengok. Haha! Terutama kaum perempuan. Filem ini kisah perjuangan seorang wanita dalam usaha membela nasib wanita muslim di tempatnya. Pada pendapat aku,cerita ini akan lebih menarik jika persoalan-persoalan tentang kedudukan lelaki dan perempuan dalam Islam itu terjawab. Pengakhiran cerita ini seakan-akan tergantung. Aku rasalah. Apepon, thumbs up dan 4 popcorn daripada 5 popcorn.

Pelekat hijau : Aku rindu Bahasa Arab,huhuhu. Nak belajar balik kalau ada kesempatan :)

janji untuk rungkai, kongsi, telan dan jangan muntah-muntah.

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, August 08, 2009 | , | 2 kiriman komen »


daripada aku hidup terus-terusan bergelumang dengan dosa, lebih elok aku doa pada Tuhan agar umur aku dipendekkan.


aku rasa jalan itu lebih baik.

astagfirullah. astagfirullah. astagfirullah.

tapi maruah bakal ditentukan oleh kedudukan dosa, itu yang aku takutkan.

siapa sedia bantu aku? merungkai silam. berkongsi rahsia. menelan pahit dan tak akan muntah-muntah. kemudian lihat kalau ada sinar menembusi ruang-ruang keikhlasan aku itu.

janji dulu. kemudian aku akan timbangkan.

doakan hubungan kita sama seperti sebelum kau dengar semua itu nanti. doakan jugak,langkah yang aku pilih ini tepat.

pelekat merah : aku merepek lagi,adoilahh..

Mesej dari si pencinta dan sang pemerhati bulan

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Thursday, August 06, 2009 | | 7 kiriman komen »

Mesej dari si pencinta bulan:

Ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa.

Ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata.

Ada masa kita perlu ada seorang TEMAN agar kita tidak kesunyian.

Dan ada masa kesunyian membuat kita tak pernah lupa betapa bernilainya seorang TEMAN.

. . . . . . . . . . .

Balasan mesej dari sang pemerhati bulan:

Nilai diukur berdasarkan rasa kepentingan kita terhadap sesuatu yang berharga.

Nilai seorang KAWAN juga begitu, bergantung pada diri kita sendiri untuk menilai KAWAN MANA YANG PENTING dan KAWAN MANA YANG KURANG PENTING.

KAWAN MANA YANG PERLU DIDAHULUKAN, KAWAN MANA YANG BOLEH DILAMBATKAN.

Nilai..perlukan rasional fikir dan rasa dalam membuat perhitungan.

Silap hitung, nilai tergadai.

Hak Cipta Terpelihara. 2009.


Pelekat kuning : Mungkin kalian biasa dengar mesej pertama, tapi bukan mesej kedua. Itu Hak Cipta Terpelihara.


Pelekat hijau : Syirah demam, sakit tekak dan batuk. Doakan dia cepat sembuh ya!

kenapa bah kau berubah..kenapa bah..

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Wednesday, August 05, 2009 | | 8 kiriman komen »

Haha! Petikan lagu Stacy AF6- Pakai Buang. *kepada yang tak pernah dengar, dengar*

Teringat kawan-kawan Sabahan aku kat UiTM hehehe.

Suka sakat slank Sabah dorang haha. Nakal jugak aku kadang-kadang. Kadang-kadang.

Aku pakai taram je guna 'bah' tu dalam ayat aku, haha!

"Kau boleh bah..."

"Aku malas bah..."

"Kau pun tahu bah..."

Dah, dah..entah betul ke tak penggunaan aku tuh. Haha!

Papepon.. GO STACY! Aku suka slank Sabah kamu masa nyanyi bah~ Haha!

My Life Path Number

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, August 04, 2009 | | 0 kiriman komen »


Aku jawab kuiz-kuiz dalam laman Facebook dan aku tertarik dengan result kuiz nih. I'm totally amazed. Aku rasa sangat tepat. Kebanyakan analisis berdasarkan kira-kira, aku selalu dapat nombor 7. Dan sebenarnya, nombor 7 ni sangat significant kepada aku. Tak tahu camne nak explain. Macam..takdir. Well, hopefully satu hari nanti aku dapat kaji sendiri perkara ni. Untuk puaskan hati sendiri. Kebetulan atau memang takdir aku. Haha. Aku bukan taksub atau takjub ok. Cuma..aku dapat rasakan sesuatu disebalik nombor 7 ni. Enough said.

Ini hasil copy & paste aku. *kwang3!*

Birth Date: 12-03-1990

1+2+0+3+1+9+9+0=25=2+5=7


Below are the analysis of life path number 7:

The Life Path 7 suggests that you entered this plane with a gift for investigation, analysis, and keen observation. You are a thinker of the first order. You evaluate situations very quickly, and with amazing accuracy. As a result, you are thorough and complete in your work, the perfectionist who expects everyone else to meet a high standard of performance, too.

A Life Path 7 person is a peaceful and affectionate soul. But you guard your connection to people carefully. It´s easy for you to detect deception and recognize insincere people, and you avoid them. You aren´t one to have a wide circle of friends, but once you accept someone as a friend, it´s for life. It´s as if you must get to know someone a lot better before you allow the wall surrounding you to be penetrated. Chances are you are a very charming and refined individual with great poise and a quick wit. Nonetheless, there is an exclusiveness about you. You probably aren´t a very social person. Your reserve is often taken to be aloofness, but actually, it´s not that at all. It is merely a cover up for your basic feeling of insecurity. There´s no rush, It takes time for you to warm up to new friends. Clubs and organizations hold little interest for you; you are not a joiner.

tidak hadir

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Tuesday, August 04, 2009 | | 6 kiriman komen »


Boss: "Kenapa kamu ponteng kerja, Haris?"
Haris: "..."

perlukah alasan untuk ponteng?

nama pon ponteng, haha!

satu soalan lagi, perlukah beri jawapan untuk soalan tu?

jawab jelah. lumrah manusia. setiap soalan dan persoalan mesti berjawab. mesti ada jawapan. mesti.

tapi aku tak jamin tindakan boss lepas dengar jawapan dari aku. silap-silap, blacklist!

jadi tak payah gigih sangat fikir alasan bila kau memonteng. tak payah jawab. diam. kalau kau pandai, ubah status 'tidak hadir' itu dengan perkataan lain. selain perkataan ponteng.

cuti. ya, status cuti perlukan alasan. gigihlah kau masa tu, hehe..

Nilai

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Monday, August 03, 2009 | | 4 kiriman komen »

Cerita aku dan seorang kawan, perempuan.

Baru-baru ini aku mahkotakan dia dengan pangkat kawan baik.

Naik satu level.

Tak ramai kawan baik aku. Boleh kira dengan sepuluh jari tangan dan kaki. Kurang dari 20 lah maksud aku. *sedapkan hati*

Kawan sejati lagilah..terkejut tak kalau aku kata tiada?

Seingat aku memang tiada.

Kawan perempuan ku ini aku harap dia tahu bezakan kawan dan kawan baik. Erti. Maksud seerti.

Mahal mahkota itu.

Aku harap dia hargai itu. Aku juga harap aku menghargai, dia. Hargai. Sekali lagi aku nak taip..H.A.R.G.A.I.

Eh, tak lupa juga pada kawan-kawan baik yang lain. Nilaikan. Harapnya nilai aku tinggi dari kawan-kawan kalian yang lain. Haha. Muka tak malu.

bodoh yang pandai

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Sunday, August 02, 2009 | | 2 kiriman komen »

sakit.

hati sakit. mata sakit. telinga sakit. otak sakit.

malas nak susahkan diri berdiskusi dengan orang yang pandai ni.

diam jelah. maki dalam hati.

sekurang-kurangnya dia tak tahu, haha!

tapi..

hati tetap sakit. telinga pun sakit.

semua gara-gara demonstrasi jalanan. bodoh punya manusia. maksud aku yang terlibat tu.

eh, aku termaki pulak. sorrylah..bagi aku kalian memang bodoh. haha!

berat mulut

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, August 01, 2009 | | 5 kiriman komen »

Seorang lelaki pertengahan umur dengan pakaian kemeja kolar dengan garisan lintang dan seluar lusuh datang hampir dengan aku.
Nak mintak sedekah ikhlas untuk surau berdekatan rumah sewa aku ni. Taklah dekat. Jauh jugak.
Abaikan masalah jarak tu,haha! Masalah besar bila bawak aku bercakap pasal jarak ni.
Sambung cerita.
Aku hulurkan sejumlah wang. Seikhlas hati. Kononnya lah.
Tiada duit pecah sebenarnya.
Terhulur wang tu dengan tangan kiri. Silap dia. Dia hulur pen untuk aku tulis nama dan butir-butir lain pada masa yang sama. Ah, takpe. Yang penting ikhlas.
Beberapa puluh minit lepas tu aku terfikir, betul ke abang tadi tu mintak sedekah untuk surau?
Buku log tempat aku tulis butiran tadi tu nampaknya macam buku log biasa je. Dan takde surat apa-apa pon.
Hmm.
Beberapa puluh minit lagi aku terfikir, alamak..kenapalah aku tak tanya housemate ada duit pecah ke tak..at least kalau aku kene tipu taklah untung sangat orang tu.
Huh, tak ikhlas pulak dah. Haris, betulkan niat kau. Ok. Aku ikhlas kembali. *boleh pulak?*

Jadi sekarang nampak tak?

Pertama : Berat mulut untuk tanya housemate ada duit pecah ke tak.
Kedua : Berat mulut untuk tanya detail pasal sedekah ikhlas tu. Surau mana? Siapa dia? Kenapa mintak bantuan kewangan?

Sekarang, abang tadi disyaki. Aku juga! Jom gelak, hahaha!

perahu berhias

Idea bernas harisu-sama a.k.a RS | Saturday, August 01, 2009 | , | 4 kiriman komen »













Sekadar berkongsi gambar-gambar yang diambil pada Isnin (27 Julai 2009) lalu.. At the first place aku berangan gila nak post benda nih malam tu jugak. Tapi disebabkan faktor-faktor tertentu terutamanya terlalu letih dan esok kene bangun pagi-pagi pergi masuk office so aku delay dulu. Then, naseb tak baik..esoknya aku nak update, broadband Marcos nih buat hal dah pulak. Tak dapat online sebab masalah bill payment. Actually dah bayar but Celcom Center claimed belum bayar. Kesian.. Baru bayar tadi, tu pon lepas Marcos tuh bertekak kat Celcom Center. Aku tak ada waktu tu. Dia pergi sendiri.

Perarakan Perahu Berhias sempena Perasmian Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baharu ni dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Syah. Bertempat di Waterfront, Kuching, gambar yang aku amek nih tak seberapa cantik keadaan sebenar melihat perarakan tu depan mata sendiri huhu. Apatah lagi aku amek shot dari Kampung Boyan..seberang sungai..lagi satu. Sapa-sapa yang pernah datang sini tahu kot seberang mana yang aku maksudkan.

Sebenarnya aku datang sebab lain. Ayah aku kebetulan outstation kat Kuching, just for the day, so aku datang sana nak jumpa beliau, amek barang yang dikirim khas dari sana hehehe. Makanan. Sekali tengok sekotak besar daa..hahaha! Selalunya saiz beg kertas je, kali nih satu pek kotak saiz besar.

Disebabkan post nih sepatutnya Isnin lepas, aku malas nak taip panjang-panjang. Just because aku dah snap pic banyak-banyak dalam hp Sony Ericsson K570i (Quick Share) aku yang dah uzur ni, so aku post jugak.. Actually nak share kisah-kisah menarik sepanjang malam tu..emm taklah menarik apa pon..cuma kisah aku dan ayah aku tersangkut kat seberang tu for 2 hours berdiri je kat jeti tgk perarakan dengan rasa kesal, risau dan tak relanya and macam mana ayah aku sanggup nak bayar orang untuk bawak aku keluar dari kesibukan malam tuh. Memang lawak bila fikir balik. Dan penuh pengajaran, huhu.

K lah..wat akhirnya..taklah best mana pon malam tu. Aku rasalah. Haha. Yang bestnya, jumpa ayah aku je.